Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang

Hari terakhir di Kundasang, kami mengucapkan selamat tinggal dari Desa Dairy Farm yang terkenal dan digelar sebagai "New Zealand Malaysia". Saya tak tahu apa yang "New Zealand" tentang tempat ini, sebab saya sendiri belum pernah sampai ke negara Kiwi itu. Kalau disebabkan lembu yang bertompok hitam putih, di India pun ada. Kalau disebabkan kawasan tanah tinggi dengan padang rumput yang luas, India pun ada juga.

Hahahaha!

Saja nak provoke.

Saya tak gemar sangat dengan perbandingan tanah air saya dengan negara lain. Kalau sudah cantik, sudah indah, sebut sajalah yang cantik itu tanah Kundasang. Bumi Sabah. Kenapa perlu kaitkan dengan negara lain? Negara kita, identiti kita. Takkan sama dengan negara lain.

Agak-agak, ada ke orang New Zealand kata bila nampak Mt Cook di sana, terus dia kata "Wahlau wehhh.. macam kat Gunung Kinabalu di Sabah lah!"

Be proud of your own  country, kawan!

Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang


Tiket Dan Waktu Operasi Desa Dairy Farm

Untuk pembelian tiket, tidak boleh dibuat secara walk-in. Setakat tarikh entry ini ditulis (Mac 2022), pembelian tiket masuk hanya secara online di https://farmbooking.desaplus.com/ 

Waktu operasi pula, ada perubahan bermula bulan April nanti. Buat masa ini hanya ada dua slot (pagi dan petang), tapi bermula 1 April akan ada tiga slot. Dan setiap slot pula hanya ada 1000 pengunjung dibenarkan. Pandai-pandailah atur untuk pilih waktu yang bersesuaian. 

Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang

Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang


Ada Apa Di Desa Dairy Farm, Kundasang?

Kenapa perlu ke Desa Dairy Farm ini? Menarik sangat kah? Tapi yang pasti, untuk orang yang pertama kali ke Sabah pasti akan ada aktiviti melawat 'kandang lembu' ini dalam itinerari.

Secara ringkas, keunikan Desa Dairy Farm ini ialah lembunya bukan lah seperti lembu yang biasa kita lihat berkeliaran di bandar Sentul sekitar 10 tahun lepas. Yang biasa kita buat korban raya tu. Lembu di kandang ini seperti lembu di 'New Zealand', baka berbeza. Adalah rasa teruja sikit tengok lembu 'mat saleh'. Kah kah kah!

Desa Dairy Farm juga menghasilkan produknya sendiri, yang berasaskan tenusu. Pergi ke bangunan utama, boleh lah pesan pelbagai jenis minuman, aiskrim, pencuci mulut seperti kek yang dihasilkan sendiri di sini.

Kemudian ada juga aktiviti beramah mesra dengan ahli politik, eh maaf, aktiviti bergurau-senda dengan anak lembu, mak bapak lembu dan juga kambing. Boleh lah buat aktiviti suapkan makanan (rumput), dan bagi minum susu ke anak lembu. Jangan bagi sembarangan, ya. Makanan dan minuman haiwan ni ada dijual di kaunter pintu masuk. 

Selain itu, tentulah Gunung Kinabalu tu sendiri. Pada waktu tertentu memang jelas tersergam gunung tertinggi di Asia Tenggara ini melatari Desa Dairy Farm. Kalau nak bergambar, saya sarankan ambil slot pagi dan cuba pastikan berada di sana sebelum jam 10 pagi. Sepanjang masa tiga hari di sana (hujung Jan - awal Feb), memang Gunung Kinabalu sangat jelas bermula dari selepas Subuh sampailah jam 9-10 pagi.

Itu saja yang dapat saya ringkaskan tentang Desa Dairy Farm. Untuk orang lain, pengalamannya mungkin berbeza.

Di bawah boleh tonton video kami ke sana dan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan.



Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang
Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang
Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang
Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang
Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang
Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang






Reactions

Post a Comment

0 Comments