Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik. Pengalaman Yang Mengujakan.

Asalnya kami merancang mahu ke Kelantan dan Terengganu cuti sekolah yang lepas. Natijah daripada keputusan yang tertangguh, kami beruntung tak jadi ke sana disebabkan bencana banjir yang melanda. Kemudian kami cuba pula mahu ke Cameron Highlands, pun tertangguh dan berita-berita tanah runtuh pula menyusul.

Allahuakhbar.

Akhir sekali kami ambil keputusan mahu ke Janda Baik saja. Paling dekat dan sudah biasa. Cuma kami mahu mencari tempat lain, bukan lagi Danau Daun Chalet dan bukan juga Riverside. Terlalu banyak chalet/resort di Janda Baik, jadi kami mahu cari lokasi baru.

Tips saya, kalau mahu mencari gunakanlah Google Map. Di situ lebih mudah melihat kedudukan chalet dan ada sesetengah chalet, maklumatnya tak ada di tempat lain melainkan Google Map.

Kriteria carian saya kali ini ialah chalet yang betul-betul di tepi sungai, terpencil tapi masih mudah untuk diakses. Itu saja. Cari punya cari, akhirnya terjumpa juga yang berkenan di hati.


WadiAmna, Janda Baik

Entah resort, entah chalet. Saya kurang pasti, tapi selepas jumpa di Google Map, lekas-lekas saya buat carian di internet. Hairan, tak banyak maklumat yang saya jumpa. Saya cuba di Facebook, jumpa! Rupa-rupanya WadiAmna ini baru saja dibuka, beroperasi semenjak bulan Oktober 2021. Patutlah.

Setelah dibelek dan ditilik, kami bersetuju untuk bercuti di sini selama 3 hari 2 malam.

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Banglo WadiAmna, Janda Baik


Villa Kamelia

Ada dua jenis penginapan yang ada (buat masa ini), sama ada Villa Kamelia ataupun Banglo WadiAmna. Kami memilih Villa Kamelia yang sesuai untuk kami berenam sekeluarga. Ada 4 unit villa yang dibina secara teres, betul-betul di tebing sungai. Buka saja pintu, sudah nampak air sungai mengalir deras. Waktu kami ke sana, musim hujan masih belum surut dan air agak keruh.

Bilik kami bilik yang ketiga. Sebaik masuk, ada satu katil bersaiz King dan ruang tamu yang agak luas berserta TV bersaiz 50 inci (agaknya). Ada kerusi untuk bersantai. Ada kaunter untuk meletak barang dan makanan. Peti sejuk, portable stove, microwave, set BBQ, pinggan mangkuk semuanya lengkap. Pendingin hawa ada di setiap tingkat, begitu juga kipas. Tandas hanya satu dan agak bersih, cuma masih belum dilengkapi dengan heater. Sejuk oi mandi air paip di tepi sungai di dalam kawasan hutan. Eheh!

Villa Kamelia ini dua tingkat, ya. Di tingkat atas, ada tiga katil bujang dan sedikit ruang yang beralaskan permaidani. Saya rasa, nak masukkan satu katil lagi pun boleh. Kami jadikan ruang lapang tu sebagai tempat solat.

Saya cukup suka dengan reka bentuk Villa Kamelia. Nampak mewah dan dalam masa yang sama seperti suasana rumah kampung. Sebahagian tingkat atas yang terbuka terus, menjadikan suasana di dalam bilik ini terasa sangat luas.

Buka saja sliding door, ada beranda yang memanjang menghubungkan 4 unit villa. Waktu petang atau pagi, seronok lepak di sini menikmati bunyi sungai yang mengalir. Kalau yang rajin memasak dan berBBQ, di luar ini memang sudah disediakan tempatnya.


Gambar Bahagian Luar

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik


Gambar Bahagian Dalam

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik


Banglo WadiAmna

Sekiranya merancang mahu datang beramai-ramai, terutamanya keluarga besar, pilihan yang lebih sesuai tentulah Banglo WadiAmna. Banglo ini dua tingkat, dan setiap tingkat ada 4 buah bilik yang boleh memuatkan 5-7 orang dalam satu-satu masa. Sama seperti Villa Kamelia, banglo ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti dapur, tv, ruang tamu dan juga meja ping pong! Memang meriahlah kalau datang beramai-ramai.

Kami berpeluang masuk ke dalam banglo ni pada malam kedua (untuk makan malam), dan saya rasa memang agak selesa.

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Gambar-gambar dari luar dan sekitar Banglo WadiAmna, Janda Baik


Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Bahagian dalam Banglo WadiAmna, Janda Baik



Aktiviti Keluarga

Banyak yang boleh dibuat di sini. Pihak WadiAmna ada menyediakan beberapa kemudahan lain dan semuanya adalah percuma. Ada basikal, ada skuter untuk kanak-kanak, dan ada dua buah kolam untuk aktiviti bermain bot, mandi-manda dan juga memancing.

Pendek kata, tak jemulah. 

Jadi serba salah nak terperap dalam villa yang cantik, tapi nak juga bermain air. Ehehe! Anak-anak dapat berendam tu, cukup puas lah. 

Untungnya WadiAmna ni ada dua aliran sungai yang melalui kawasan resort. Sungai utama di hadapan Villa Kamelia memang keruh sepanjang masa kami di sana. Tapi ada satu lagi sungai yang mengalir masuk ke dalam kolam ikan dan yang ini, Insya-allah jernih dan bersih.

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Sekitar WadiAmna, Janda Baik


Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Kanak-kanak riang main bot


Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Aktviti memancing


Makan, Banjir & Tuan Resort Yang Prihatin

Tidak ada perkhidmatan penyediaan makanan di sini, mahupun penghantaran seperti Foodpanda atau Grab. Jadi, sediakanlah bekalan makanan. Bahan mentah boleh saja disimpan dalam peti sejuk. Konsepnya, buatlah seperti di rumah sendiri. Ehehe!

Macam kami, memang tak ada langsung merancang untuk memasak. Jadi setiap kali waktu makan, kami akan keluar ke sekitar kawasan Janda Baik. Banyak saja kedai yang beroperasi, tinggal pilih mana yang berkenan.

Nak lebih menarik, waktu pagi boleh kayuh basikal sambil diselubungi kabus menuju kawasan kampung bersebelahan untuk mencari sarapan. Adoi, romantis betul!

Cuma pada hari kedua kami di sini, hujan turun agak lebat selepas Asar dan air sungai melimpah ke dalam kawasan resort. Saya yang tak pernah menghadapi banjir seumur hidup, tentulah berasa cemas. Apatah lagi anak isteri turut bersama. Melihat air sudah naik ke paras buku lali, kami tetamu Villa Kamelia bersegera alihkan kereta ke kawasan lebih tinggi.

Dan tuan resort sangat prihatin dan bertimbangrasa. Sedang kami semua dilanda kerisauan, sepinggan pau goreng dihadiahkan ke setiap unit. Sejuk, cemas perlahan-lahan mereda dengan setiap gigitan pai goreng yang masih panas. 

Dan kemudian saya terima pesanan daripada Koulah, anak kepada empunya resort yakni Tuan Ahmad, makan malam akan disediakan oleh pihak resort.

Alhamdulillah.

Saya pada asalnya berkira-kira mahu balik jika air sudah surut, membatalkan hasrat selepas keadaan sudah menjadi tenang. Layanan tuan rumah membuatkan kami berasa lega, ditambah dengan jiran sebelah yang sempoi.

Terima kasih, Tuan Ahmad. Lauk ayam masak lemak cili padi, ikan keli goreng sambal dan nasi putih panas memang bikin perut kenyang.

Menjelang malam, air sudah tidak melimpah lagi.

Alhamdulillah.

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik
Kayuh basikal dengan cik bini, romantis boi!


Harga & Contact Information

Saya kepilkan screenshot fail PDF yang diberikan oleh WadiAmna. Harga ini saya dapat pada hujung Februari 2022. Mungkin ketika entri ini dibaca, harganya sudah berubah. Boleh terus hubungi Kaolah seperti nombor telefon yang tertera.

Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik

FB: WadiAmna JandaBaik
Instagram : WadiAmna
Tel / Whatsapp : 011-3560 6167


Video WadiAmna, Janda Baik

Ini ada video sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana.








Reactions

Post a Comment

0 Comments