[Ulasan Buku] Tentang Kamu (Oleh Tere Liye)

1/
Apa lagi yang mahu saya katakan dengan Tere Liye? Beliau memang seorang penulis yang sangat bijak dan bertanggungjawab. Menulis memang satu perkara yang serius buat beliau, dan bukan sekadar melepaskan betok di tangga.

2/
"Tentang Kamu" adalah cerita melalui kaca mata Zaman Zulkarnaen yang berlangsung hanya 10 hari (kalau tak silap). Tapi cerita dalam cerita beliau, ada kisah Sri Ningsih yang membawa kita mengembara jauh dari tahun 1946 sehingga hari ini.

3/
Kisah Sri Ningsih sungguh sadis, saya jadi teringat buku Tere Liye yang pertama saya baca iaitu Bidadari-bidadari Surga. Kisah malang (atau kisah sedih) seorang kakak yang menghadapi takdir dan nasib dengan cekal, untuk kesenangan keluarga/sahabat sendiri. Dan nasib Sri Ningsih juga hampir sama.

4/
Tere Liye mengangkat darjat wanita dalam buku ini. Tidak hanya merelakan nasib ditentukan orang lain, wanita cekal ini berjaya membawa kemajuan diri tanpa perlu menjatuhkan orang lain. Watak Sri Ningsih juga lari dari standard dunia arus perdana; beliau pendek, hitam dan biasa-biasa (mengikut piawai manusia hari ini). Bagus Tere Liye, beliau mencipta rasa yakin diri dan inspirasi.

5/
Membaca setiap helai novel ini akan menemukan kualiti seorang penulis yang ada pada Tere Liye. Dalam perjalanan kisah hidup Sri Ningsih, beliau memuatkan kisah-kisah benar yang melanda dunia, khususnya Indonesia dan London, dalam tempoh waktu yang sama. Beliau memanipulasi kisah itu dalam novel, menjadikan jalan cerita ternampak lebih kukuh dan meyakinkan. Kisah pembantaian komunis, pemberontakan di Jakarta, kisa perkahwinan Lady Diana dan isu Y2K di penghujung 1999. Hebat!

6/
Silang budaya juga berlaku dengan baik. Kalau di Indonesia, Sri Ningsih bergaul mesra dengan kaum-kaum tempatan yang lain. Kalau di London, bahkan beliau berkahwin dengan pemuda Turki, dan berkeluargakan orang India.

7/
Tentulah, ada kebetulan-kebetulan yang saya rasa agak ketara seperti watak Rajendra Khan yang menghubungkan Zaman Zulkarnaen dan Sri Ningsih. Kebetulan yang saya rasa membuatkan cerita menjadi "agak mudah". Begitu juga bagaimana tiba-tiba Zaman dapat menghuraikan secara terperinci penglibatan Ningrum di sebalik kisah lara Sri Ningsih. Dua perkara ini saja saya rasa seperti sedikit "skeptiikal".

8/
Namun Tere Liye tetap berjaya membawa saya ke mukasurat penghabisan. Plot-plot ceritanya menarik dan membuatkan kita sentiasa mahu tahu apa yang terjadi seterusnya.

9/
Oh ya! Seperti biasa, Tere Liye menyelitkan adegan percintaan dengan cara "show, dont tell". Manis sekali. Antara Sri Ningsih dan Hakan, antara Zaman dan Aimee. Pendek, tapi manis.

10/
Buku ini, saya recommend!

#sharulmembaca
#malaysiamembaca

Tentang Kamu (Oleh Tere Liye)






Reactions

Post a Comment

0 Comments