Colmar Tropicale Berjaya Hills, Pekan Kecil Ala Kota Perancis Di Bentong, Pahang.

Balik dari Wadi Amna, Janda Baik kami melencong dulu ke Bukit Tinggi, Bentong. Tujuan kami ialah Colmar Tropicale Berjaya Hills, sebuah lokasi peranginan yang mana tema binaan bangunannya menyerupai sebuah pekan di Perancis.

Saya ingat-ingat lupa kadar bayaran masuk yang dikenakan. Kalau tak silap, RM16 dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Ini harga untuk bulan Mac 2022. Akan datang, mungkin berubah. Oh ya, walaupun tiket dibeli di sana (seperti kaunter tol), bayaran tiket hanya secara online. Tidak ada pilihan tunai.

Selepas membayar tiket masuk, kami terus saja ke Colmar Tropicale Berjaya Hills dan ada kawasan khas untuk parkir kenderaan. Percuma. Tempat parkir ni bangunan bertingkat, dan sewaktu kami di sana lift pula rosak. Perlu gunakan tangga untuk turun dan naik. Saran saya kalau ada membawa bersama warga tua atau mereka yang ada masalah kesihatan, turunkan saja dulu di dataran berhampiran sebelum parkir.

Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bentong, Pahang

Di kawasan dataran

Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bentong, Pahang
Antara kedai dan restoran yang ada

Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bentong, Pahang
Menikmati pizza panas di tempat sejuk, lain macam rasa dia.

Menara

Jadi apa yang menariknya di Colmar Tropicale Berjaya Hills ni?

Bagi saya, sebenarnya biasa-biasa saja. Idea meniru bangunan Eropah itu ada, tapi suasana Malaysia itu masih tebal. Apa lagi sekarang ni sudah banyak tempat tarikan pelancongan yang dibina berkonsepkan Eropah, jadi Colmar Tropicale Berjaya Hills ini tidak lah begitu menonjol (pandangan peribadi saya). Kelebihannya mungkin terletak di kawasan tanah tinggi, jadi cuaca sejuk dan segar. 

Kami sempat mengisi perut dengan pizza panas dari kedai di kawasan kota kecil ini. Harganya memang sudah diketahui umum, memang mahal. Tapi sesekali nak belanja keluarga, pejam mata sajalah membayar.

Itu sajalah aktiviti kami di sana, selain mengambil gambar dan video. Sesekali kami memgimbas kenangan 10 tahun lepas (2012) sewaktu pertama kali kami ke sini. Sekejap betul masa berlalu.

Kami terus saja pulang selepas itu, walaupun ada beberapa tempat lagi yang boleh dikunjungi. Tahun 2012 kami sempat ke taman Jepun yang menarik. Rasanya masih beroperasi dan perkhidmatan bas untuk ke Taman Jepun ada disediakan dari Colmar Tropicale Berjaya Hills. Mudah. 

Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bentong, Pahang
Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bentong, Pahang
Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bentong, Pahang

Video Colmar Tropicale Berjaya Hilss

Ini ada video pendek kami sewaktu ke sana. Jemput tonton.

Reactions

Post a Comment

0 Comments