OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang

Semasa bercuti di WadiAmna, kami sempat ke Pineyard Janda Baik. Hasrat hati nak makan tengah hari, puan isteri kata tempat ni dah viral. Saya ni bukanlah kisah sangat viral tak viral, cuma mujur saja tempat ni dekat dengan penginapan kami. Jadi, kami berenam pun semangat ke sana dengan perut kosong yang bergelora.

Kecewa.

Sewaktu kami sampai, orang sangat ramai di dalam kafe dan yang beratur menunggu giliran juga ramai. Saya tak rasa masa menunggu sekejap saja, pasti memakan masa yang lama. Makan kot, mana ada orang nak makan gelojoh di tempat eksklusif begini. Nak menikmati makanan tu satu, nak menikmati suasana tu satu hal lagi. Belum tambah lagi waktu menunggu pesanan makanan.

Ada satu lagi faktor lagi yang menjadi penyebab kami tak mahu menunggu untuk makan di situ.  Mungkin saya yang tak jumpa, cari tak betul, tapi saya pasti sangat saya tak dapat maklumat status halal kafe ni. Saya bukan racist, cuma pada hari kejadian pelanggan bukan Islam lebih ramai di situ. Memang ada pelanggan Muslim yang sudahpun menjamu selera, tetapi itu bukan boleh dijadikan pengesahan.

Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, kami memilih untuk ke restoran/warung lain. Nanti saya cuba cari lagi maklumat status halal kafe ni. Kalau ada di kalangan kawan-kawan yang tahu, bolehlah kongsikan.

Tapi, jangan beredar terus. Nama Pineyard itu diterjemah secara literal bermaksud 'laman pine'. Ada sedikit bahagian di hadapan kafe ini ditanam dengan pokok pine yang menjulang tinggi. Kecil saja lamannya, tapi bolehlah untuk bergambar.

Kami pun bergilir anak-beranak beraksi macam model pokok pine. Kah kah kah!

OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang


Pineyard Cafe, Janda Baik

OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang


Video







Reactions

Post a Comment

0 Comments