Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang

Hari tu, puan isteri dihantar berkursus di Hotel Movenpick KLIA, Sepang selama dua malam. Alang-alang sudah dapat satu bilik percuma untuk peserta, kami berpakat untuk pergi beramai-ramai satu keluarga dengan tambahan lagi bilik.

Hotel ni setinggi lapan tingkat, dan dibahagikan kepada tiga blok. Berbanding kebanyakkan hotel yang dibina tinggi, Movenpick dibina memanjang dan terasa amat luas. Susun atur bilik seperti dorm hostel, memanjang kiri kanan dan boleh nampak pintu 'jiran' di seberang. Memang luas, dalam masa yang sama terasa sedikit kosong.

Bukan. Itu bukan masalah. Bagi saya, ini sesuatu yang baru. Saya sudah biasa dengan "standard" hotel yang setiap tingkat hanya ada lorong kecil menuju ke bilik, dan susunaturnya rapat antara satu sama lain. Jadi bila ke Movenpick, perasaannya lain.

Hotel ini juga dikenali sebagai hotel Tabung Haji. Setiap kali musim haji, jemaah dari jauh akan 'transit' di sini berlepas ke tanah suci. Terdapat dewan besar bersebelahan hotel, dan juga jarak yang sangat dekat untuk ke Masjid KLIA. Pendek kata, memang "hajj compliance"lah.

Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang


Bilik Standard Hotel Movenpick

Hotel ini kalau tak silap saya ditarafkan sebagai hotel lima bintang. Harga satu bilik standard untuk satu malam pun mencecah hampir RM300. Biliknya luas dan agak mewah. Tapi saya rasakan harga tu masih mahal.

Bilik saya hari tu di blok kedua, tingkat enam. Liftnya berdinding kaca, jadi boleh nampak pemandangan dalam hotel yang serba moden.

Sebaik melangkah masuk, ada tandas di sebelah kanan. Tandasnya luas, tak pasti apa keperluannya sebab untuk kita (orang timur / melayu / Islam), urusan dalam tandas adalah sangat peribadi dan tak boleh berkongsi. Jadi, untuk kegunaan seorang memang tandas ini sangat luas.

Kemudahan asas seperti peti sejuk, pendingin hawa, penggosok baju, peti keselamatan, televisyen, sejadah, Al-Quran semuanya ada. Bahan-bahan untuk membuat air pun meriah, seperti persediaan untuk 4 orang. 

Katilnya seperti hotel lain juga. Dua katil bujang untuk kami, masih cukup besar untuk berkongsi dengan Hafiz yang menyelit. 

Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang


Kolam Renang Berasingan

Tingkat 8 blok ketiga, ada kolam renang yang mesra keluarga. Bagusnya kolam ini diasingkan antara lelaki dan perempuan. Masih terbuka tanpa penghalang yang nyata (seperti dinding), tapi masih terlindung daripada satu sama lain. Saya pun puas berendam dengan Hafiz dua hari di situ.

Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang


Tarikan Berdekatan

Kalau ke sini, bolej saja ke Mitsui Outlet yang terletak di seberang jalan saja dari hotel ini. Shopping dan makan. Atau ke KLIA sendiri untuk mencuci mata sambil menghirup udara antara bangsa. Ke Putrajaya pun, dalam 30 minit.

Saya sendiri, kalau tak ada sebab kukuh (seperti kunjungan saya kali ini), memang tak akan ke sini disebabkan lokasinya yang tak begitu menarik bagi saya. Tarikan yang ada di sekeliling boleh saja saya datang pada bila-bila masa. Bukan disebabkam perkhidmatan atau kualiti hotel, lebih kepada aktiviti sampingan yang boleh dibuat semasa berada di sini.


Video Sekitar Hotel Movenpick

Ini ada rakaman pendek suasana hotel dan keadaan bilik kami. Bilik 6211.

Enjoy.









Reactions

Post a Comment

0 Comments