5 Cara Merancang Perbelanjaan 'Raya' Buku

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru menutupkan tirainya semalam (12 Jun 2022). Saya sempat ke sana dua kali; pertama bersama anak-anak, yang kedua 'me time'.

Alhamdulillah, tahun ni perbelanjaan lebih terkawal dan tak memboros seperti PBAKL sebelumnya. Pemilihan buku lebih selective, hanya mengambil yang benar-benar mahu dibaca.

16 buah buku sahaja, untuk saya.

Alhamdulillah. 

Jadi, sementara menunggu PBAKL 2023 datang dalam tempoh setahun lagi, kita dah boleh merancang serba sedikit strategi membeli-belah supaya lebih teratur dan tidak membazir.

5 Cara Merancang Perbelanjaan 'Raya' Buku
Rak buku kecil Angkel Rul


Ini ada 5 cara untuk merancang pembelian semasa mengunjungi pesta buku akan datang.


1/ 
Kumpul duit dari sekarang. Gunakan fungsi My Goals di Maybank2U/CIMBClicks atau mana-mana bank. Mulai hari ni (Jun 22) hingga Mei 23, target simpanan RM1000 (contoh). My Goal akan auto calculate berapa perlu simpan setiap bulan. Misal kata PBAKL '23 dibuat awal, boleh bubarkan My Goal serta merta. 


2/
Habiskan bacaan yang ada sekarang. Kurangkan perangai tsundoku/book hoarding. Bila TBR berkurangan, rasa teruja nak beli buku baru tu pasti menggelinyang.


3/
Berikan prioriti. Sepanjang tahun ada buku baru terbit. Buku yang kita boleh tunggu untuk dibeli masa pesta buku, kita tolak tepi. Selalunya harga akan ada diskaun lebih sikit. Ada beza jenis "pembeli terawal" dan "pembaca terawal". Macam saya, hanya buku penulis tertentu saja yang saya gigih cari terbitan awal. Yang lain, lepas dua tahun pun masih ok.


4/ 
Kemaskini 'wishlist'. Jangan beli buku sebab penulis itu popular, buku itu viral. Walhal bukan forte kita pun. Saya dah kena banyak kali. Bukan main viral, tapi isinya copy paste dari FB/blog. Paling sakit hati, isi 'tak ada'. Kita yang nak baca, duit kita yang nak keluar, jadi perlu bijak memilih. 


5/
Berkawan dengan geng buku, masuk group buku (seperti di FB, Goodreads). Baca ulasan buku. Selalunya buku yang diulas oleh pembaca ni boleh membantu kita buat pilihan. Ini banyak membantu saya pada point ke-4. Tapi kalau salah asuhan, ni penyumbang masalah point nombor 2. Heh!


Saya dapat buat perkara 1, 4 dan 5. Perkara 2 dan 3, memang sedang berubat. Jenuh nak pulih, saka dah lama mencengkam. Tapi Insya-allah, boleh.








Reactions

Post a Comment

0 Comments