Kuantan Art Street, Lokasi Untuk BerOOTD Di Ibu Negeri Pahang

Kuantan bukanlah destinasi pilihan saya kalau mahu melancong, atau secara amnya, mana-mana bandar di Malaysia ni jarang menjadi pilihan utama saya untuk berjalan-jalan. Boleh buat pengecualian untuk Melaka.

Semenjak Haris sambung belajar di Pekan, sudah kerap juga kami berkunjung ke sini. Sebenarnya sebelum tu lagi sudah berulang kali menempuh LPT untuk ke Kuantan atas pelbagai urusan.

Hotel pun, hampir hotel yang sama.

Minggu lepas (5 Jun 2022) sekali lagi kami enam beranak menginap di Hotel Sentral Kuantan. Lokasinya bersebelahan dengan Menara Kuantan, hampir dengan bandar dan juga harga yang berpatutan, menjadi pilihan kami buat kali ketiga ke sini.

Sebelah malam kami berjalan-jalan menikmati pemandangan tepi sungai dan menara yang sudah mula beroperasi.

Waktu pagi, selepas sarapan kami berjalan kaki ke seberang jalan untuk melihat sendiri lukisan dinding di Kuantan Art Street. Sudah menjadi "trend" hampir di kebanyakan tempat serata Malaysia ini, art street wujud di merata-rata tempat.

Bagi orang yang tak pandai menghargai karya seni lukis, saya hanya tahu menikmati dengan merakam gambar buat kenangan. Kami bertuah pagi itu sebab hanya ada beberapa orang saja di sepanjang lorong ini. Puaslah bergambar.

Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang
Kuantan Art Street, Pahang


Video Kuantan Art Street

Ini kali pertama saya mencuba membuat video berkonsepkan POV (Point Of View) Street Photography. Sama ada betul caranya atau tidak, saya tak pasti. Caranya ialah kita rakamkan video bagaimana sekeping gambar itu dirakam menggunakan kamera. Dalam hal ni, saya gunakan Insta360 One X2 untuk video, manakala untuk gambar saya gunakan kamera telefon Samsung A52.

Jemput tonton, dan sudikanlah berikan pandangan/pendapat hasil kerja saya ni.









Reactions

Post a Comment

0 Comments