Sudah beberapa kali kami ke Kuantan kebelakangan ni, dan nampak gaya dalam tempoh setahun dua lagi memang Kuantan akan jadi persinggahan kami sekeluarga. Hotel Sentral Kuantan pun sudah jadi pilihan disebabkan lokasinya yang strategik.
Ada banyak tarikan pelancongan terletak berhampiran dengan Hotel Sentral Kuantan, salah satunya Laman Teruntum. Mungkin kurang mesra pada pendengaran kita nama Laman Teruntum tu, tapi kalau kita sebut Menara Kuantan atau Menara 188, rasanya ramai yang tahu. Mercu tanda terbaru di Kuantan menyamai menara-menara lain yang ada di Kuala Lumpur, Melaka dan Alor Setar, Kedah.
Hari tu selepas makan malam, kami anak-beranak berjalan kaki ke Laman Teruntum untuk melihat dan menikmati suasana malam. Kedudukannya berhampiran Sungai Kuantan memberi sedikit kelainan. Sesekali ada bot nelayan lalu melawan arus sungai, nampak cantik dengan latar belakang papan tanda KUANTAN di seberang sungai.
Kami tak buat apa-apa aktiviti pun, sekadar lepak-lepak dan bergambar.
Ini ada video pendek kami di sana, kalau-kalau ada yang teringin nak ke sini. Oh jangan lupa, tak jauh dari Laman Teruntum ini ada Kuantan Art Street. Malam pun boleh ke sana untuk berOOTD. Tapi kalau mahu melihat dengan jelas, pergilah waktu pagi.
0 Comments