Hiking Ke Bluepool Di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi. Berbaloi-baloi!

Kadang-kadang, kita sukar untuk keluar daripada kebiasaan. Aturan hidup seharian sudah tetap pada jadualnya, dan kita bagaikan patung bernyawa patuh pada aturan yang telah ditetapkan.

Rutin.

Hanya bila ada kekuatan, barulah berani mahu mencari kelainan.

Sewaktu pulang ke kampung tahun lepas (Disember 2021), kami nekad mencuba sesuatu yang baru. Bayangkan, sudah hampir 20 tahun kami menikah dan berulang-alik ke Langkawi ni, belum pernah sekali pun saya jejakkan kaki ke ke Air Terjun Telaga Tujuh yang sering disebut orang.

Sudah menjadi rutin, Pantai Pasir Tengkorak saja menjadi kunjungan kami.

Hari tu, awal pagi lagi kami sudah terpacak di dataran parkir kereta Air Terjun Telaga Tujuh. Misi kami bukan saja mahu menawan air terjun yang terkenal ini, tapi akan melajakkan langkah menuju satu lagi lokasi yang sudah mula menjadi bualan ramai.

Blue Pool. Kolam Biru.

Di mana?

Jom.

Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi


Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi

Untuk ke air terjun ni, masa yang diperlukan antara 15-30 minit untuk mendaki tangga bermula dari tapak parkir. Bergantung kepada stamina dan kekuatan lutut masing-masing lah.

Kami sampai sewaktu keadaan masih lengang dan malangnya, beberapa minit selepas tiba di tingkat atas air terjun, hujan pun turun. Jadi kami ambil peluang untuk berehat menikmati sarapan. Dari puncak ini boleh nampak laluan kereta kabel menuju ke puncak gunung Mat Cencang.

Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi


Dari Telaga Tujuh Menuju Ke Blue Pool

Sebaik hujan reda, kami pun meneruskan langkah menuju ke destinasi utama hari itu; Blue Pool. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi orang di internet, kolam ini memang kelihatan biru dan sangat jernih. Itu yang membuatkan saya jadi geram dan saya katakan pada isteri, kita mesti pergi.

Oleh kerana hari masih awal dan matahari baru nak memunculkan diri selepas hujan, pemandangan di sepanjang trek sangat mengasyikkan. Melihat cahaya matahari yang jatuh ke lantai membuatkan suasana kelihatan seperti di dunia magis.

Khayal boi, khayal.

Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi

 

Sebenarnya tak jauh pun dari Telaga Tujuh menuju Blue Pool. Sekitar 20 minit macam tu, dah sampai. Tapi disebabkan kami tak tahu jalan, terpaksa patah balik ke permulaan sebab nak dapatkan talian telefon bertanya rakan arah jalan. Hahahaha! Bila dah sampai, rupanya tak jauh pun dari tempat kami berpatah balik sebelum tu. Adoi, memang nak jadi cerita sungguh.

Bagusnya, walaupun kami dah lambat dari jadual, Blue Pool kosong tanpa orang lain. Hanya kami adik-beradik dan anak-beranak berada di situ lebih kurang sejam tanpa ada gangguan.

Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi


Pulang

Selepas hampir satu jam berendam dalam kesejukan kolam biru, kami pun beransur balik. Dan kebetulan, beberapa kumpulan pengunjung yang lain pun sampai. Memang cantik lah pemasaan kami.

Kalau tanya pada saya, adakah kolam itu benar-benar biru seperti namanya? Jawapan saya, ya dan tidak. Pada sudut-sudut tertentu, memang nampak kelihatan seperti biru turquoise. Tapi pada kebanyakan masa, warnanya lebih kepada hijau. Jernih? Sangat jernih. Boleh nampak ke dasar yang agak dalam. Berhampiran dengan air terjun kecil, dalamnya saya fikir menghampiri 2 meter.

Hafiz yang paling teruja. Selama ni dia ingat kalau ke Langkawi hanya ada Pantai Pasir Tengkorak. Pantai yang paling cantik antara semua pantai yang pernah kami pergi di Langkawi. Tapi bila terjumpa Blue Pool, bukan main suka lagi Hafiz.

Kata dia, kalau balik ke Langkawi lepas ni nak datang ke Blue Pool lagi.

Insya-Allah.

Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi
Hiking Ke Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi


Video Air Terjun Telaga Tujuh dan Bluepool

Boleh tonton video kami di Youtube perjalanan ke Blue Pool ni.


 








Reactions

Post a Comment

0 Comments