Caj RM50 Untuk Kamera Kalau Ke Kellie's Castle

"Dewasa seorang RM5, parking kereta RM2."

Saya melihat kawasan parking, penuh. Celah mana kereta saya nak diselitkan? Saya menoleh kembali kepada adik di kaunter masuk.

"Ada kosong ke?"

Musykil saya. Parking tak tentu ada lagi, tapi dah minta bayaran. 

"Takpe, kalau tak ada nanti saya tak caj parking."

Pulak!

Saya bayar saja RM17. Itu harga tiket untuk kami bertiga masuk ke dalam rumah tinggal yang dijudulkan dengan nama Kellie's Castle. Termasuk tiket parking.

Memang betul tak ada yang kosong, cuma kami bernasib baik ada pengunjung lain yang kebetulan sudah mahu keluar.

Selesai mematikan enjin, kami pun terus menuju ke laluan utama berhampiran jambatan. Tak sabar mahu melawat rumah tinggal yang katanya berpenunggu tu.

Adik yang menjaga reruai (booth) untuk "ambil gambar je, tak beli tak apa" menahan saya. 

"Abang nak bawa kamera ni masuk ke?"

Matanya melirik pada kamera Olympus OMD EM10 Mark II yang saya bawa. Bukan dalam beg, jelas dalam pegangan tangan. Saya katakan, ya, saya nak guna kamera ni untuk berOOTD bersama sahabat bakal warga emas saya.

"Oh, untuk kamera DSLR kita caj RM50. Ada ditulis kat situ."

Jari adik penjaga reruai "ambil gambar je, tak beli tak apa" menuding ke arah papan kenyataan berhampiran. Benar, ada kenyataan kamera DSLR dikenakan caj RM50 ditulis menggunakan font kecil, ibarat bahagian "Disclaimer" dalam surat perjanjian hutang kereta 9 tahun.

Mahu saja saya hujahkan, kamera saya jenis mirrorless, bukan DSLR. Tapi saya tahu itu tak akan ke mana. Maka saya kembali ke kereta untuk menyimpan kamera yang sudah siap diperasap dari awal.

Haih!

Lokasi pertama trip percutian saya ke Ipoh, sudah ada spoilernya.

Dan ya, saya tak bergambar pun di reruai "ambil gambar je, tak beli tak apa" tu. Merajuk!

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Pandangan dari luat Kellie's Castle



Kellie's Castle

Pertama kali saya ke Kellie's Castle ni pada tahun 2014. Waktu tu saya ke sana bersama keluarga. Dan membawa kamera DSLR masih percuma. 

Saya rasa tak banyak perbezaan berbanding kali terakhir (dan pertama) saya ke rumah tiga tingkat hartawan dari Scotland ni. Maksud saya, dari segi keadaan sekitar rumah. Tak ada apa yang baru dan menambah nilai. Ada pagar "Love Locks" didirikan dilaluan masuk, yang langsung tak ada fungsinya selain jelas sebagai budaya meniru-niru. Tak faham apa keperluan membina "kunci cinta" ini, ditambah lagi lokasinya ialah rumah tinggal dikatakan ada makhluk lain yang menghuni.

Kadang-kadang, tertanya juga apa objektif yang mahu dicapai oleh badan pelancongan negara ni?

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Apa fungsi Loves Lock ni?


Kami naik ke setiap tingkat dan melihat bilik utama setiap ahli keluarga William Kellie Smith yang seramai empat orang; Kellie suami isteri, anak perempuan bernama Helen dan si bongsu bernama Anthony. Ada papan maklumat yang bercerita tentang sejarah Kellie dan bagaimana dia 'berjaya' memperolehi wang untuk membina rumah agam di atas bukit. Kellie merancang untuk membina "lift" di rumah ini, merangkap lift yang pertama di Tanah Melayu ketika itu. Malangnya usaha itu tak kesampaian. Kellie mati ketika membuat urusan di Sepanyol dan ahli keluarganya pulang ke England, meninggalkan Kellie's Castle terbiar.

Ada yang mengganggu fikiran saya membaca sejarah pendek yang dicatat.

Saya tertanya-tanya, bagaimana anak Scotland ini boleh memperolehi tanah seluas 200 ekar begitu saja? Ya, saya tahu itu waktu penjajahan. Ya, katanya juga Kellie mengeluarkan modal untuk membeli tanah milik Tanah Melayu. Tapi, kepada siapa bayaran itu dibuat? Entahlah, saya menjadi geram dengan hakikat itu. Tak tahu malu, tanah orang dibuat menjadi tanah sendiri.

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

 

Geram-geram pun, berOOTD dilupa jangan. Kah kah kah! Barulah kena dengan pepatah "Melayu mudah lupa". Di mana ada sudut pandang menarik, di situlah kami bergaya narsis. Aksi pakcik-pakcik, paling tidak pun buat tanda 'peace'.

Peace!

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak






Reactions

Post a Comment

0 Comments