Saya cuba kembali melakukan aktiviti yang memberikan kebahagiaan diri. Yang utama, tentulah fotografi. Saya sehingga hari ini masih belum pasti apakah genre yang menjadi identiti. Asal "cantik", cukup lah.
Cantik ikut mata saya.
Semalam matahari pagi sangat cantik. Silauan sinar yang tembus di balik daun pokok bunga Kertas di laman rumah menimbulkan mood saya untuk merakamkan gambar. Tapi subjek utama saya, Siti Nur Tambirina entah di mana tidur melayan mata.
Maka saya selongkar kotak mainan Hafiz, terjumpa dengan si Ultraman Mebius
yang panjang umurnya sebagai mainan di rumah kami.
Jadilah.
0 Comments