Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu

Pejam celik sudah enam hari kami di Sabah. Bermula di Kota Kinabalu terus ke Kundasang, kemudian bermalam di Nohutu Ecotourism, bersambung di tepi pantai Kota Belud dan kembali ke Kota Kinabalu sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah. 

Saya benar-benar perlukan pengembaraan ini. Mahu menikmati percutian bermesra dengan alam semula jadi. Gunung, sungai, pantai dan pulau lengkap dalam pakej ini. 

Terima kasih Firan, Hambal dan sudah tentu Shamrie yang sudi menemankan percutian ini. Walaupun pertama kali bercuti bersama, kami bagaikan sudah lama bersahabat. Faktor usia barangkali, tidak ada perkara remeh dan temeh yang menggugat. Semuanya dipejam saja, yang penting kami mahu menikmati pengembaraan ini sepuasnya.

Tahu-tahu, dah sampai ke penghujung.

Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Marlin Statue


Ikan Bilis Mata Biru Dan Pasar Filipina

Misi utama ke Kota Kinabalu tentulah mencari buah tangan untuk dibawa pulang. Sasaran pertama kami ialah pasar besar Kota Kinabalu untul mencari ikan bilis mata biru. Waktu inilah, talian telefon ke Kuala Lumpur menjadi sibuk dihubungi tiga orang bapak-bapak yang meminta buah fikir isteri masing-masing dalam hal membeli ikan bilis ini.

Selesai membeli, kami teruskan dengan buah tangan yang lain. Saya sudah puas makan kuih cincin, jadi kali ini saya mencari yang lain. Pesan puan isteri, belilah amplang. Mujur kami sempat membeli sebelum makcik menutup gerai. Ada amplang biasa, ada amplang yang pedas. Belilah sebungkus dua.

Bersebelahan dengan pasar besar ada satu lagi pasar yang terkenal di bandar Kota Kinabalu ini. Pasar Filipina. Di sini ada juga dijual bahan-bahan kering seperti ikan kering dan ikan bilis mata biru. Tapi misi kami seterusnya ialah mencari mutiara.

Apalah maknanya kalau ke Sabah tanpa membeli mutiara.

Belek punya belek, telefon, panggilan video, Whatsapp, masing-masing akhirnya membeli pelbagai jenis hiasan yang berasaskan mutiara. Saya sendiri membeli rantai pengikat mask untuk dua anak dara dan puan isteri. Untuk yang bujang dua orang, saya cari jersi saja.

Selesai.

Banyak juga RM yang keluar. Tapi tak apa, beli jiwa orang kata. Heh!

Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Pasar Besar Kota Kinabalu
 
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Pasar Filipina


Makan Malam Di Todak Waterfront

Selesai mendapatkan semua yang dihajat, kami pun balik ke hotel untuk bersiap keluar mencari makan malam. Tapi sebaik melintas Todak Waterfront (bersebelahan pasar besar), kami mengambil keputusan untuk makan di situ saja. Ada banyak kedai yang menawarkan pelbagai jenis hidangan makanan laut, misi terakhir kami dalam trip ini.

Agak rimas sebenarnya dengan pekerja kedai yang seperti 'memaksa' kami untuk singgah ke kedai mereka, tapi kami terus saja berjalan mencari kedai pilihan kami sendiri.

Dengan baki wang yang bersisa, kami membuat pesanan setelah memilih jenis hidangan yang berkenan di mata dan perut. Ada ikan, udang, sotong dan sayur. Hajat nak makan lobster tak kesampaian disebabkan wang yang tak mencukupi. Hahahah! Sedih. Lagipun, lauk dah cukup banyak dan saya pula risau terkena gout. Lagi sedih! Hehehe!

Terus terang saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk "rasa" makanan yang dipesan. Hampir seminggu di Sabah, saya simpulkan makanan mereka tak menepati piawaian selera saya. Makanan dipesan selalunya agak tawar ataupun plain. 

Bukanlah saya menghina makanan atau memperlekehkan masakan orang di sana, jangan salah faham. Ini hanya pengalaman saya yang sudah dua kali ke Sabah. Pedas bagaikan tidak ada dalam kamus masakan mereka. Kami sempat meminta 'cili potong' atau sekurang-kurangnya sambal kicap bercili, semuanya hampa.

Namun apabila hidangan kami sampai di Todak Waterfront, saya agak terkejut. Masakannya lebih berperisa, tak seperti yang disangka. Tentulah selera makan menjadi-jadi. Alhamdulillah, lidah kembali mesra dengan pelbagai rasa yang sudah biasa.

Kekenyangan, kami pun pulang ke hotel untuk beradu.

Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah


Kilometer 0 Di Jalan Gaya

Hari terakhir pun tiba. Kami bangun solat dan mengemas beg buat kali terakhir. Selesai bersiap, kami pun turun mencari sarapan. Ke sana ke sini, akhirnya terjumpa kedai yang tidak diragui. Menunya begitu jugalah, tak sama seperti di Kuala Lumpur. Saya memesan mi rojak untuk sarapan dan segelas air Milo.

Sebelum masuk ke hotel, saya dan Hambal berjalan keliling bandar. Sempatlah kami bergambar dengan landmark Kilometer 0 berhampiran Jalan Gaya. Kalau datang ke sini pada hujung minggu, Jalan Gaya atau Gaya Street ada pasar pagi dengan pelbagai barang jualan. Saya pernah ke sini pada tahun 2016, agak mengejutkan bila ternampak haiwan dijual di dalam sangkar. Bukan ayam itik, itu biasa. Seingat saya, ada kucing dan anjing. Dan beberapa jenis haiwan yang lain.

Kami berangkat pulang ke lapangan terbang setelah selesai segala urusan. Ada sedikit masalah ketika mahu self check-in, saya terpaksa beratur panjang semula untuk mendaftar masuk. Urusan yang tak sampai pun 5 minit, tapi membazir masa hampir setengah jam disebabkan sistem yang menyukarkan. Kalau di KLIA, masih ada yang menjaga kaunterl self check in, tapi di KKIA terkontang-kanting sendirian.

Mujur semua dapat diselesaikan.

Sementara menunggu untuk boarding, sempatlah kami mengalas perut dengan muffin dan teh ais. Saya pun bersiap dengan pil mabuk untuk mengelakkan perkara yang tak diingini. 


Alhamdulillah.

Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Mi Rojak, dihidangkan dengan kuah sup
 
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Kinabalu Daya Hotel, tempat kami menginap di KK
 
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Jalan-jalan di sekitar hotel
 
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah
Minum di dalam airport
 


Penerbangan selama dua jam 30 minit selamat tanpa ada halangan. Kami mengambil luggage masing-masing dan berselfie sebelum berpisah.

Terima kasih sekali lagi untuk Firan dan Hambal yang sudi menemankan. Minta maaf kalau ada kekurangan. Untuk belanjawan, tak jauh berbeza dengan apa yang dibentangkan dalam Excel. Mohon halalkan kalau ada yang berbaki. Kalau kurang, tak apa, aku tanggung. 

Insya-Allah, kita plan untuk next trip.

Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu, Sabah






Reactions

Post a Comment

0 Comments