Terima kasih kepada Nyut Yam dan Nyut Sen yang menyambut seruan saya untuk
bercuti ke Ipoh, Perak. Percutian ni, agak spontan. Idea dicadangkan lebih
kurang seminggu sebelum tarikh pergi, hotel ditempah dua hari sebelum
berangkat. Selamba. Kata traveller tegar, takkan tak lepas setakat nak pergi
Ipoh? Heh!
Sebenarnya saya pun tak tahu mana yang boleh dituju
kalau ke Ipoh, sebab bagi saya Ipoh adalah bandar yang tak jauh berbeza dengan
bandar-bandar utama di Malaysia. Sudahnya saya cari saja di internet, dan
menghasilkan itinerari percutian 2H1M ke Ipoh, Perak versi saya sendiri.
Saya kongsikan seperti di bawah.
Hari Pertama (Sabtu, 27-Ogos-2022)
9.00 am
Bertolak dari Gombak Truly Asia. Penerbangan menggunakan MPV
dengan kuasa kuda 2.0 CC. Pergi balik hanya satu tank minyak (RM100). Tol
lebih kurang RM50.
10.30 am
Hentian pertama ke
Nasi Bamboo Sg Klah
untuk sarapan + makan tengah hari. Untuk 3 orang lebih kurang RM100.
12.30
pm
Sampai di
Kellie's Castle
dalam keadaan cuaca yang terik. Bayaran masuk RM5 per kepala, RM2 parking.
2.30 pm
Tiba di
Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village. Tiket dewasa RM12 seorang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum.
Tutup jam 5 pm.
6.00 pm
Makan malam di Ipoh Night Market,
berhampiran dengan AEON Kinta City. Ditaja olah sahabat. Konsep seperti food
court dan ada bahagian jualan pakaian. Yong Tau Fu RM40++.
8.00
pm
Check in di Zamburger BL di Lahat. RM190.80 untuk bilik 3 orang (katil
single). Tak ada breakfast.
Hari Kedua (Ahad, 28-Ogos-2022)
8.00 am
Pasar Karat Loken / Lokkin. Kami parking berhampiran Waller Court Flats, berhampiran OUM Ipoh. Sebelah
tu ada kedai makan Warung Tempua, banyak pilihan untuk sarapan. RM35++.
10.30
am
Sampai di Ipoh Lama. Parking berhampiran Speedmart di Jalan Bijeh
Timah. Jalan 200 meter, sudah sampai di
Concubine Lane. Lorong yang sama di seberang jalan boleh ke BookXcess (Muzium Yasmin
Ahmad), dataran makan Dato Sagor, Masjid Negeri dan menara Birch. Makan laksa,
RM20++.
1.00 pm
Sampai
Tasik Cermin, tak jauh pun dari Qing Xin Ling. Bayaran masuk RM3 per kepala. Parking
percuma. Ada beberapa bahagian masih dalam penyelenggaraan, jadi dapat ke
tasik pertama saja.
3.45 pm
Makan tengah hari + makan malam di
Anuar Rusa Steak House
nun di Felda Gedangsa, Behrang. Lebih kurang RM100.
6.40 pm
Singgah
ke
Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Sempat pesan lempeng kelapa dan solat. Jam 8.15 pm bergerak
pulang ke tanah air. Belanja RM25.
9.30 pm
Singgah minum di
Gombak sementara menunggu hujan reda. Ditaja. Terima kasih YB Gombak.
10.30
pm
Bersurai
Total perbelanjaan keseluruhan sekitar RM600. Ok
lah tu, bahagi 3 baru seorang RM450.
Eh!
2 Comments
Rezeki jumpa penulisan blog tuan. Saya memang mencari tempat2 ini. So boleh 'pinjam' trip perjalanan dan lokasi menarik ini. Terima kasih tuan!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga bermanfaat.
Delete