Cuti sekolah baru-baru ni, kami enam keluarga (empat generasi) berkumpul beramai-ramai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, terima kasih mak yang belanja kami anak menantu cucu cicit untuk percutian kali ni. Segan juga, sampai mak yang keluarkan modal. Tapi memang sudah niat mak nak bersedekah untuk kami semua.
Semoga mak dan abah diberi kesihatan, dipermudahkan amal ibadat dan ditempatkan dalam syurga Firdausi.
Cuma ralat keluarga abang yang sulung tak dapat turut serta. Insya-Allah, lain kali.
Oleh sebab jarak Port Dickson dari Gombak hanya memakan masa 1 1/2 jam, saya dengan suka rela membuat itinerari perjalanan agar tak lah kosong saja.
Ini itinerari percutian 2H1M ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk kami 6 keluarga (26 orang).
Hari Pertama (4-Sep-2022)
8.30 am
Bertolak dari Gombak menuju Istana Seri Menanti. Perjalanan 1 1/2
jam menjadi hampir 3 jam disebabkan pemanduan tenang, berhenti dan sedikit
sesak di Bukit Putus.
11.00 am
Melawat Istana Seri Menanti. Masuk percuma. Setiap tingkat
dibuka sepenuhnya berbanding hanya dua tingkat saja ketika kami melawat
sebelum ini. Sempat minum teh tarik di kafe di belakang istana.
12.30 pm
Makan tengah hari berhampiran masjid Seri Menanti. Belanja makan
RM240. Kemudian bertolak ke Replika Istana Raja Melewar di Rembau.
2.45 pm
Sampai di Istana Raja Melewar. Hanya kami yang ada. Masuk
percuma.
3.30 pm
Bertolak ke Tanjung Biru, Port Dickson.
4.30 pm
Check in di homestay Tanjung Biru Kondominium. Harga untuk satu
malam RM290 (ground floor) dan RM270 (tingkat atas). Acara diteruskan dengan
mandi kolam dan pantai. Alhamdulillah rezeki dapat tengok sunset. Makan malam
bawa bekal dari rumah.
Hari Kedua (5-Sep-2022)
7.30 am
Sarapan dan mandi-manda di laut dan kolam. Plan nak naik Bukit
Batu Putih hancur ke laut Selat Melaka.
11.30 am
Check out dan bertolak ke
Muzium Tentera. Kami tak turun sebab dah pernah masuk sebelum ni. Lagipun orang sangat
ramai dan cuaca sangat panas.
1.00 pm
Sampai ke Masjid Seri Sendayan tapi tak dapat masuk sebab masjid
penuh (dah masuk waktu). Detour makan tengah hari di kedai berhampiran. Lauk
pauk masakan Melayu dengan harga RM290.
3.00 pm
Bersurai. Ada yang singgah ke Nilai 3, tapi majoriti balik ke
Gombak.
Total perbelanjaan tak sampai pun RM2000 untuk 26 orang. Insya-Allah, kenangan
bersama tu yang paling mahal.
Video
Ini ada beberapa video ke setiap lokasi yang kami singgah.
0 Comments