Itinerari Percutian Ke Sabah 7H6M (Kota Kinabalu, Kundasang & Kota Belud)

Sebenarnya sudah lama saya angankan mahu ke Sabah lagi, selepas pertama kali datang ke negeri di bawah bayu ini pada tahun 2016. Waktu itu, memang kami datang gaya pelancong. Datang dengan keluarga, bawa juga datuk dan nenek Hafiz. Jadi ada beberapa tempat yang terpaksa dikeluarkan dari rancangan asal.

Tahun 2021, saya cuba nasib ajak rakan saya Zafiran ke Sabah. Pelawaan saya disambut. Sebenarnya ada lagi beberapa orang yang saya ajak, tapi masing-masing macam tak berminat. Saya kata pada Firan, kalau betul nak pergi, berdua pun saya nekad.

Semangat!

Kemudian PKP pun melanda. Kah kah kah!

Pejam celik, mimpi jadi kenyataan pada penghujung Januari dan awal Februari 2022. Hanya tiga orang yang pergi, selepas seorang menarik diri.

Di bawah ni itinerari percutian kami selama 7 hari 6 malam di Sabah. Bertemakan nature (dan adventure), kami mengatur perjalanan ke gunung, bukit, sungai, laut dan pulau. Ada beberapa perancangan awal yang diubah disebabkan kekangan masa dan masalah lain. Misalnya, rancangan ke Tip of Borneo di Kudat dibatalkan sebab kawasan tersebut sedang dibaik pulih. Mendaki Bukit Bongol pun batal, atas faktor keselamatan dan juga kekangan masa. Naik keretapi di Tenom juga terpaksa dibuang dari itinerari sebab memerlukan masa yang panjang.

Haih!

Mungkin, ada lain kali untuk kami. Insya-Allah.

Itinerari Percutian Ke Sabah 7H6M (Kota Kinabalu, Kundasang & Kota Belud)


Ititnerari Percutian Ke Sabah Selama 7H6M

Hari 0 (28 Jan 2022)
Bermalam di Capsule Transit di KLIA 2

Hari 1 (29 Jan 2022)
0800 Berlepas ke KKIA
1100 Ambil kereta sewa dari NH Travel Sabah
1230 Melawat Jambatan Tamparuli
1500 Makan tengah hari Pekan Nabalu
1630 Check-in Sakura Villa di Kg Mesilou, Kundasang
1830 Makan malam di pekan Kundasang

Hari 2 (30 Jan 2022)
0230 Bersiap untuk ke Maragang Hill
0300 Berkumpul di Kg Mesilou dan mulakan perjalanan
0500 Tiba di puncak Maragang Hill. Tengok sunrise.
0800 Kembali ke homestay dan bersiap untuk sarapan (di Kundasang)
1200 Tiba di Tagal Sungai Morali, Kg Luanti, Ranau
1300 Singgah ke Sabah Tea Garden, makan durian tepi jalan.
1600 Pulang ke Kundasang, beli sayap bakar untuk makan malam.

Hari 3 (31 Jan 2022)
0600 Naik ke Sosodikon Hill. Balik homestay untuk sarapan dan checkout.
0930 Singgah ke Desa Dairy Farm tengok lembu tompok-tompok
1130 Bertolak ke Kota Belud, singgah makan di Pekan Nabalu.
1500 Tiba di Nohutu Ecotourism, Sungai Melangkap. Rehat dan santai.

Hari 4 (1 Feb 2022)
0600 Melihat matahari terbit di tepi sungai
0730 Jungle Trekking di sekitar Nohutu Ecotourism
1100 Bertolak ke Kota Belud
1230 Singgah ke kedai dobi dan makan tengah hari di bandar
1400 Makan aiskrim gula apong
1630 Check in di Hotel Dedsaan Beach Village
1730 Layan sunset di tepi pantai. Makan malam di kawasan berhampiran.

Hari 5 (2 Feb 2022)
0900 Naik bot menuju ke Pulau Mantanani
1000 Aktiviti snorkeling, island hopping di sekitar Pulau Mantanani
1300 Tiba semula di Jeti JSK. Berehat di bilik.
1800 Makan malam di Kota Belud

Hari 6 (3 Feb 2022)
0800 Singgah ke Kampung Sangkir untuk bergambar
1000 Sarapan pagi di bandar Kota Belud. Singgah ke pasar.
1200 Tiba di Kota Kinabalu. Cari dobi untuk cuci baju.
1500 Check in Kinabalu Daya Hotel
1600 Cari ikan bilis di pasar besar dan cenderamata di pasar Filipina
1800 Makan malam di Todak Waterfront

Hari 7 (4 Feb 2022)
0800 Sarapan pagi di restoran berhampiran
0900 Jalan-jalan sekitar hotel (bandar Kota Kinabalu)
1000 Checkout dan berangkat ke lapangan terbang
1500 Selamat tiba di KLIA2


Kos Perbelanjaan

Saya tak sempat kemaskini fail Excel yang saya buat, tapi secara kasarnya setiap seorang perlu membayar RM2,000 seorang. Total perbelanjaan sekitar RM6,000 untuk 7H6M, seramai 3 orang.

Mahal? Bergantung. Saya dari awal sudah maklumkan travel ini bukan travel bajet, bukan travel mewah. Asal selesa dan semuanya teratur, kasi jadi.

Ini pecahan perbelanjaan yang utama;

Pengangkutan
Air Asia (return + luggage + makan); RM700++
Kereta Sewa (Bezza Auto); RM660
Minyak (2 kali isi); RM140

Pakej/Tiket Masuk
Pulau Mantanani Daytrip; RM149
Maragang Hill;
Sosodikon Hill; RM5 (dewasa)
Tagal Sungai Moroli; RM5 + RM2 (kamera)
Desa Dairy Farm; RM5

Penginapan
Sakura Villa, Kundasang (2 malam); RM600
Nohutu Ecotourism (1 malam); RM132
Hotel Dedsaan Beach Village (2 malam); RM460
Kinabalu Daya Hotel (1 malam); RM160

Makan
Yang ni saya tak terkira dah. Tapi sampai ke hari akhir memang cukup-cukup saja perbelanjaan makan kami bertiga.


Ada juga perbelanjaan yang keluar poket sendiri. Tapi untuk RM2,000 dengan segala macam aktiviti yang dibuat dan lokasi yang kami kunjungi, bagi saya agak berbaloi. Dari segi penginapan, hanya di Nohutu saja yang saya kurang berkenan. Selebihnya cukup puas hati. Kereta Bezza cukup bagus, luas dan tahan lasak. Tapi kalau mampu, sewa lah 'hailak', baru berbaloi dengan keadaan jalan di sana. Ehehe!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.







Reactions

Post a Comment

0 Comments