Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?

Dalam hal mengembara, yang menjadi pilihan saya ialah tempat yang penuh kehijauan. Alam semula jadi. Saya suka dikelilingi dengan warna-warni daun, lebih daripada warna bunga. Ada pula sungai atau air terjun yang jatuh menderu, saya sudah bahagia dengan syurga kecil ini.

Hati saya akan tenang.

Saya juga suka tempat yang ada nilai sejarah. Saya selalu tertanya, bagaimana kehidupan manusia pada ketika yang sangat berbeza dengan kehidupan hari ini. Saya mahu tahu siapa dia orang bijak pandai membina bangunan yang menjadi bualan sepanjang zaman, begitu juga watak-watak kecil yang berkhidmat seperti tukang masak dan tukang ukir.

Budaya. Saya suka untuk tahu dan kenal budaya setempat. Dan muzium selalunya tempat yang paling mudah untuk kita mengenali struktur hidup sesuatu masyarakat. Sama ada muzium 'hidup' seperti perkampungan budaya mahupun muzium biasa yang selalunya susun atur dalaman agak menyeramkan.

Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Seorang pakcik yang narsis


Taman Qing Xin Ling Di Lembah Sejuk

Dengan bayaran sebanyak RM12 sekepala (dewasa), kami melangkah masuk ke perkarangan taman Qing Xin Ling yang sangat hijau. Baik tasiknya, mahupun latar belakang bukit kapur yang dirimbuni kanopi hijau. Damai. Mega mendung yang berarak perlahan menjadikan suasana taman menjadi sejuk.

Kami menikmati jamuan mata dengan lahap.

Dan beberapa minit kemudian, awan hitam merenjiskan air ke darat, menimbulkan riak di atas tasik mendendangkan irama alam yang mengasyikkan.

Kami berehat di dalam rumah replika Cina di tepi tasik. Sebaik hujan reda, kami bersantai di rumah Melayu, singgah sekejap di rumah India dan sempat juga terperanjat melihat Ipin Ipin yang kelihatan salin tak tumpah dengan pelakon cilik Shaolin Popey.

Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?

Di hujung tasik, kami di kelilingi hampir 270 darjah dinding batu kapur tinggi menjulang. Saya sempat terbayang watak Li Mu Bai dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon sedang terbang beraksi dengan seni kungfu yang cantik. Ataupun watak Hang Tuah lakonan M Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang. Epik!

Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?


Taman Qing Xin Ling ini bukan sekadar menawarkan pemandangan alam yang menarik, tapi kita juga dibawa mengimbau kenangan lalu. Binaan-binaan rumah, kedai, bangsal lengkap dengan peralatan yang sudah kita tak nampak lagi hari ni. Kotak JukeBox tersedia dengan pilihan lagu yang pelbagai, dan seorang pengunjung memilih lagu rancak Almarhum Sudirman menambah perencah.

Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore

Bergembira...


Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?


Tiga per empat pusingan taman ini (bermula dari kanan), kita akan sampai di satu bahagian yang memerlukan pendakian. Jadi tak semua tempat sebenarnya mesra orang tua, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Jadi agak rugi kalau sudah masuk, tapi tak dapat menikmati semua yang ada.

Saya mendaki tangga perlahan-lahan. Rentak jantung perlu dipantau, agar tak memudaratkan diri. Terbit juga rasa rindu mahu masuk ke hutan mendaki gunung, tapi entahlah. Masih tak berani memandangkan keadaan kesihatan diri masih belum tentu tahapnya.

Sekali lagi pemandangan alam yang unik dihidangkan. Kami terus mendaki kemudian melalui lorong sempit, tembus menuju satu kawasan terbuka namun masih lagi dilindungi bukit di sekeliling. Bagai sebuah lokasi rahsia dalam filem fantasi. Sayang sekali, hiasan yang ada hanyalah replika dinasour dan pondok-pondok kedai (replika) yang saya rasa tak lah begitu mengujakan. Sepatutnya, keunikan lokasi (alam) itulah yang dijadikan tarikan.

Apa lagi yang boleh dibuat selain bergambar dan mengambil video. 

Kami tamatkan lawatan setelah hampir 2 jam di sini. Kalau tak disebabkan hujan, mungkin lebih awal kami keluar.

Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?
Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?


Sewaktu melangkah pintu pagar, saya terimbas kenangan di Sarawak Cultural Village di Kuching. Di situ benar-benar terasa berada di perkampungan budaya, dengan alam semulajadi yang masih menguasai. Ya, skalanya lebih besar tapi ideanya masih boleh ditiruvasi. Taman Qing Xin Ling ada kelebihan besar dari segi landskap, namun buat masa ini hanya kelihatan sebagai lokasi untuk OOTD.

Taman Qing Xin Ling, Ipoh






Reactions

Post a Comment

0 Comments