Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh

Lokasi Tasik Cermin ni tak jauh pun dari Taman Qing Xin Ling. Cuma kami tak berkesempatan ke sana pada hari pertama disebabkan masa agak suntuk. Untuk makluman, waktu operasi Tasik Cermin ni bermula jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 5.00 petang.

Seperti biasa, kami ke sana memang berpandukan Google Map. Cari saja kata kunci 'Tasik Cermin', Insya-allah jumpa.

Jalan masuk masih 'mengekalkan' alam semulajadi. Tanah merah tanpa tar. Mujur hari cerah, tak dapat dibayangkan kalau hari hujan. Lecaknya entah macam mana lah.

Kami dapat parkir kereta betul-betul berhampiran pintu utama. Waktu kami ke sini, hanya untuk ke tasik pertama saja dibenarkan masuk. Beberapa bahagian lain ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Jadi, bayaran masuk pun dikurangkan menjadi RM3 per kepala (dewasa).


Gua Buatan

Selesai membuat bayaran, kami pun terus saja masuk ke dalam gua buatan sepanjang 70 meter. Boleh nampak cahaya dari hujung ke hujung, dan itu sajalah cahaya yang ada di dalam gua. Sebenarnya keadaan memang gelap tanpa bantuan cahaya lampu, jadi terpaksalah guna lampu telefon untuk menerangkan jalan.

Haih, harapnya nanti pihak pengurusan boleh pertimbangkan untuk pasang lampu.

Seram nanti tiba-tiba ada Hantu Kak Limah tercongok ajak selfie. Acaner tu?

Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh gua 70 meter


OOTD Di Tasik Cermin

Kami sampai di penghujung gua, dan terus saja berdiri di bahagian 'pantai' tasik. Orang agak ramai, tapi masih terkawal. Ada kakitangan pengurusan Tasik Cermin yang memantau agar keadaan jadi lebih terurus. Masing-masing dapat giliran untuk berOOTD di atas pelantar yang ada di tepi tasik.

Kami pun bergaya sakan.

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini, selain bergambar. Aktiviti menaiki bot/sampan dihentikan buat sementara waktu. Jadi, untuk tempoh 30 minit saya rasa sudah agak lama di situ.

Bagaimana rupa Tasik Cermin ni?

Kalau dari udara, bentuk tasik ini seperti nombor '8', tapi kalau dilihat dari bawah sebahagian tasik ini terlindung di balik bukit. Tidak ada langsung bahagian 'daratan', selain dari tempat pelantar di mulut gua. Bukit batu kapur yang mengelilingi tasik kelihatan sangat cantik dihiasi pokok-pokok hijau yang rendang.

Refleksi bayang-bayang yang memantul dari permukaan tasik, menjadi asbab kenapa tasik semulajadi ini diberi nama Tasik Cermin.

Tenang. Damai. 

Diharapkan Tasik Cermin tak terlalu dikomersialkan dengan binaan-binaan yang tak berkaitan (seperti dinding Loves Lock di Kellie's Castle). Peliharalah keasliannya, dan lestarikan. 

Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Suasana tasik yang damai


Tenggelam

Kami pulang selepas puas bergaya di setiap sudut yang menarik. Sebelum menaiki kereta, sempat kami berbual dengan pekerja yang bertugas. Katanya nanti, sekitar bulan 11 atau 12 nanti barulah kerja penyelenggaraan selesai. Aktiviti yang boleh dibuat pun bertambah. Menarik juga, bolehlah saya datang bersama keluarga.

Cuma ada pesanan yang disampaikan dan eloklah saya kongsikan.

Kalau hari hujan, segeralah keluar dari Tasik Cermin itu. Dikhuatiri air tasik akan meningkat naik dan tak ada daratan lagi yang boleh dicapai. Ibarat satu kolam besar, gua yang dibina itu menjadi saluran untuk air yang melimpah.

Jangan disebabkan mahu berOOTD, nyawa kita menjadi taruhan! 

Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh
Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh






Reactions

Post a Comment

0 Comments