Kelmarin (29 Oktober 2022) saya hantar motor kapcai untuk anak bujang di Pekan, Pahang. Mulanya nak hantar melalui Pos Malaysia sebab kos yang lebih murah (RM160++), tapi leceh sebab nak kena hantar ke gudang, kena balut dan macam-macam lagi.
Kebetulan, nampak pempengaruh media sosial kongsikan khidmat hantar motor ni, Joe Bike Towing & Transportation. Tak ingat sama ada Cikgu Fadli atau Superdaddy Khairul Abdullah. Terus contact dan tanya harga. Lepas runding lebih kurang, kita kasi jadi.
Alhamdulillah. Urusan agak mudah. Joe bawa lori terus ke depan rumah, masukkan motor dan ikat dengan rapi. Semua buat sendiri. Dari rumah gerak jam 3.30 petang, sampai ke Bang Long hampir jam 11 malam. Agak lambat, tapi sudah sedia maklum dia akan singgah ke beberapa tempat untuk ambil/turunkan motor lain.
Perkhidmatan beliau untuk seluruh Semenanjung. Jadi kalau ada yang nak berurusan, hubungi nombor pada lori beliau tu.
Hmmm.
Harap abang Haris tak ada lah bawa motor tak ketahuan hala. Macam abah dulu bawa motor takat pergi perpustakaan dan kelas je.
Uhuk uhuk uhuk!
0 Comments