Kalau di kalangan photographer, ada beberapa lokasi yang sering dikunjungi kalau mahu membuat aktiviti street photography. Salah satunya, di Melaka.
Saya sendiri entah berapa kali ke bandaraya bersejarah ini untuk aktiviti bergambar. Ada yang dengan kawan, ada dengan group photographer, dan paling selalu bersama keluarga.
Yang menjadi kelebihan Melaka ini ialah banyak bangunan lama yang dibaikpulih (atas perintah kerajaan negeri) bagi mengekalkan warisan lama untuk generasi akan datang. Jadi suasana itu memberikan rasa yang menggetarkan lensa kamera.
Heh!
Ini beberapa koleksi gambar yang saya ambil ketika bercuti di Melaka pada penghujung tahun 2020. Pagi sebelum check out dari hotel, kami anak beranak sempat merayau sepanjang Sungai Melaka menuju Jonker Street.
Cuaca pun sangat memberikan kerjasama.
Alhamdulillah.
0 Comments