Gulai

Kadang-kadang, keputusan atau pendirian kita boleh hancur lebur begitu saja. Hanya menunggu waktu yang ditakdirkan.

Kami sudah ada Siti Nur Tambirina, kucing kesayangan yang kami pelihara semenjak Disember 2017. Sayangnya tak ada penghujung, walau sering dibalas dengan kuku dan taring. Hahahah! Sehinggakan kami ambil keputusan, biarlah Tambi saja menjadi penghibur. Tak mahu yang lain.

Takdir dan waktu, lain pula perancangannya.

Hari Ahad (13 Nov 2022) saya dan Cik Milah kesayangan bersiap mahu brisk walk selepas Subuh. Dari dalam rumah kami sudah mendengar suara anak kucing mengiau kuat. Sebenarnya sedari awal pagi lagi bunyi tangisan sang bulu ini memecah sunyi. Cik Milah mencari, dan peristiwa 2017 pun berulang kembali.

Lima tahun yang lepas kami ditakdirkan bertemu dengan Tambi. Hari ini, kami bertemu pula dengan sang kenit berwarna limau mandarin.

Comel.

Terpikat.

Kami bawa ke dalam rumah. Bulunya bersih, badannya sihat. Hanya seekor, tak ada adik-beradik. Kami yakin anak kucing ini ada yang menjaga, mungkin terlepas tak tahu jalan balik. Segera saya tanyakan dalam group Whatsapp lorong kediaman kami, dan telahan kami benar. Tuannya datang menjemput, dan kami empat beranak terkulat-kulat melepaskan impian mahu membela sang kenit.

Tambi kekal sebagai 'anak tunggal'. Maka 'pendirian' kami tak mahu membela kucing lain pun kekal utuh tak roboh. 

Menjelas Isyak, saya mendapat mesej di Whatsapp. Rupanya dari sang jiran, empunya sang kenit.

Askum bang nak bela anak kucing tadi tak

Masya-Allah. 

Hanim dan Hafiz sudah tersengih lebar. Sudah memancar cahaya gembira di cermin mata. 

Isnin, 14 November 2022.

Selamat datang ke teratak kami, GULAI.

😍


Gulai
Gulai
Gulai
Gulai
Gulai
Gulai
Gulai
Gulai
Gulai






Reactions

Post a Comment

0 Comments