Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga

Bagaimana saya mencipta kenangan bersama keluarga? Untuk saya, sudah menjadi kebiasaan kepada kami untuk berjalan-jalan setiap kali peluang ada di depan mata. Dapat bersama-sama walau sekadar makan-makan atau mencuci mata di kompleks membeli-belah pun sudah memadai.

Kenangan itu saya rakamkan dalam bentuk gambar dan video. Kalau rajin, saya catatkan pula dalam blog yang berusia 20 tahun ini.

Kita tak tahu, siapa yang 'pergi' dulu. Hanya kenangan ini yang boleh ditatap untuk melepaskan rindu. 

Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga


Bukit Melawati, Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor bukanlah asing kepada kami anak-beranak, kecuali Hafiz. Cuti sekolah sempena Deepavali baru-baru ni, kami sekali lagi ke sini sekadar meluangkan masa satu hari untuk bersama-sama.

Untuk naik ke puncak bukit, ada dua cara. Satu, jalan kaki. Dua, keretapi. Untuk keretapi, harga tiket ialah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak. Ada tempat untuk beratur dan ada pekerja yang mengawal, jadi tak perlu berebut. Waktu menunggu tak lama kerana dua buah keretapi bergerak dalam waktu yang sama.

Masa yang diambil tak sampai pun 10 minit untuk sampai ke puncak.

Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Pokok Mentangau

Muzium Kuala Selangor

Sebaik sampai di puncak, orang sudah ramai berkumpul tapi tarikan utama Bukit Melewati ni tak nampak kelibat. Apa dia? Nanti lah kita cerita.

Di atas bukit ni ada sebuah muzium kecil yang menceritakan sejarah Selangor, dan khususnya Kuala Selangor. Tak besar, tapi sedikit sebanyak maklumat berkaitan sejarah tempatan ada dipamerkan.

Yang menarik perhatian saya ialah salah-silah keturunan kesultanan Selangor yang dicatatkan. Pergilah lihat sendiri, untuk mengenali pemimpin tanah air kita.

Oh, masuk percuma.

Tak silap, ada waktu rehat juga tengah hari. Waktu ni muzium ditutup daripada kunjungan.

Di hadapan muzium, ada laman yang kemas dan bersih dan beberapa buah meriam (replika?) diletakkan di situ. Susunannya agak bersimpang siur, tak tahu kenapa. 

Saya jadi teringat, kami anak-beranak pernah bergambar di salah satu meriam yang ada. Terus kami bergambar dengan posisi yang sama, cuma abang Haris digantikan dengan Hafiz. Heh!

 
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Atas; Feb 2013. Bawah; Okt 2022


Lotong / Monyet

Ya, inilah tarikan Bukit Melewati yang saya katakan tadi. Saya tak pasti namanya apa, panggil saja lotong. Makhluk berbulu hitam dengan fesyen rambut pacak, juga ekor yang panjang, nampak sopan dan ayu saja menunggu untuk diberi makan. Haiwan ini liar, tapi nampak jinak. Tak mengganas merampas makanan daripada pengunjung. 

Paling comel, 'kaum ibu' yang datang sambil mendukung anak yang warnanya berbeza sama sekali. Warna oren. Dah serupa macam anak patung pun, ya juga.

Ada beberapa orang peniaga dengan motor yang menjual makanan untuk lotong yang meriah ni. Pengamatan saya hari tu, yang paling digemari ialah pisang dan sayur kangkung. Laju, sampai berebut.

Untuk yang berani, boleh lah membelai dari belakang. 

Saya?

Kan sibuk nak ambil gambar dan video, manalah sempat.

Heh!

Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga


Pulang

Kami terlepas keretapi beberapa kali dan akhirnya ambil keputusan untuk turun berjalan kaki. Rugi juga sebenarnya, tapi daripada membuang masa menunggu dan berebut eloklah kita buat senaman sikit.

Kalau ikutkan, ada lagi bahagian yang boleh diteroka di atas bukit ni, seperti batu hampar tempat kepala dipancung. Heh! Cuma hari dah semakin sayup, dan masing-masing sudah lapar. Kami turun melalui jalan yang sama sewaktu naik keretapi awal tadi, dan kami melalui beberapa tempat seperti muzium kecil (tutup), perigi beracun dan juga kawasan perkuburan. Lain macam!

Sampai di bawah, memang lencun lah!

Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga

Bukit Melawati ni, santai saja. Sambil-sambil melihat pemandangan nun jauh ke laut lepas, boleh juga jadi 'mini zoo' melihat lotong yang comel dan mesra. Oh, ada rumah api dipuncak bukit ini tapi tak pasti sama ada masih berfungsi atau tidak. Teringat ketika ke Pulau Lengkuas di Belitong dulu, gigih kami panjat sampai ke puncak tapi saya akhirnya tersadai saja di dalam sebab gayat. Kah kah kah!

Mungkin pihak pengurusan Bukit Melewati boleh pertimbangkan aktiviti ini. Biar kita dapat rasa pengalaman naik rumah api.

Satu lagi.

Sebenarnya ejaannya Bukit Melawati, atau Bukit Malawati? 


Video Bukit Melawati, Masjid Raja Lumu, Art Street & Husin Fauzi Farm

Ini video pendek percutian day trip kami ke Kuala Selangor.









Reactions

Post a Comment

0 Comments