Fogging

Bulan Oktober lepas, orang jabatan kesihatan Gombak Truly Asia datang buat spotcheck di kawasan perumahan kami.

Mereka jumpa 5 ekor jin, maaf, 5 ekor jintik-jintik yang sihat dan gebu di dalam pasu pokok kari Cik Milah. Orang jabatan ambil untuk buat ujian makmal, alhasil saya diperlukan membayar kompaun RM100 untuk setiap ekor jin Aedes yang saya pelihara.

Saya periksa keliling rumah kalau-kalau ada lagi bekas bertakung menjadi tempat jin menunggu. Ada dua saja. Satu di pokok kari tadi, satu lagi di pasu bunga. Terus saya pecahkan.

Hari ni mereka datang buat fogging. Mungkin ada lagi mangsa yang terbaru di kejiranan kami.

Denggi berbahaya, kawan. Tambah-tambah musim hujan ni, rajin-rajinlah periksa keliling rumah. 

Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!
Fogging, bunuh Aedes!


 ____ 
 Angkel Rul Skodeng orang fogging guna Olympus OMD EM1






Reactions

Post a Comment

0 Comments