Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Menarik Untuk Kunjungan Keluarga

Hari Sabtu lepas (10 Dis 2022) kami ke Kuantan nak menghantar bang long balik ke kampus. Cuti pertengahan semester dia habis waktu cuti sekolah baru mula. Nasiblah, nak.

Disebabkan kami nak bertolak awal (sejenis malas nak mula memandu waktu dah tengah hari), gigih lah cari tempat menarik yang boleh kami singgah dalam perjalanan. 

Makan ikan patin, dah bosan. Aiskrim vanilla di Temerloh pun tak buka lagi awal pagi. Titik tengah Semenanjung kena bayar nak masuk (kedek), sudahnya kami pilih ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kami

 

Waktu Lawatan & Harga Tiket Masuk

Masuk adalah percuma.

Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang 

Website; https://www.wildlife.gov.my/

 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Jalan nak ke sana agak menseramkan. Sunyi, dan jalan tak lah besar mana. Jalan kampung. Tapi geram juga tengok buah rambutan meloyot-loyot tak dikait. 

Sampai di sana tepat jam 11 pagi. Tak ramai lagi pengunjung yang ada, dan kami pun sempatlah keliling di kawasan sekitar.

Pertama sekali yang mesti saya highlight ialah tempat ini sangat BERSIH, TERURUS dan SELESA.

Kagum betul. Tak nampak macam tempat tinggal gajah pun. Dan itu pun, percuma!

Kami terus ke pentas persembahan utama yang agak jauh ke bahagian utara. Mujur cuaca tak begitu panas, jadi tak berpeluh sangat nak berjalan. Ingat ya, waktu persembahan pagi ialah jam 11.30 am. Petang saya tak pasti, mungkin 2.30 pm. Boleh rujuk pada jadual aktiviti di laman web ini.

Sebelum acara bermula, kami ke belakang pentas berjumpa dengan anak-anak gajah yang comel. Ada seekor tu patah kaki. Kesian.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

 

Gajah yang ada di sini katanya 26 ekor. Yang kami jumpa hari tu tak sampai 10 ekor pun. Yang lain mungkin pergi tuisyen, tak pasti.

Gajah yang paling senior tak silap namanya Siti, berasal dari Kelantan. Umurnya 48 tahun, tua daripada saya 20 tahun. Uhuk!

Gajah-gajah ni bukanlah buat persembahan macam sarkas tu. Kebanyakan adalah gerak kerja yang digunakan semasa menjalankan tugas. Setiap gajah ini ada pengembalanya sendiri, digelar Mahut. Gajah dan mahut akan bergandingan melakukan tugas, selalunya untuk 'menangkap' dan mengawal gajah liar.

Saya tak pasti apa nasib gajah yang ditempatkan di sini. Melalui pembacaan rawak, gajah yang dibawa masuk selalunya yang ada 'masalah' seperti ditinggalkan kumpulan, cedera (sebab jerat), mangsa pemburuan dan seumpama. Kes lari dari rumah tak ada, itu masalah manusia je.

Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan tempat ni. Sayang waktu ke sana musim hujan, sungai agak tinggi dan merbahaya. Jadi tak ada aktiviti gajah mandi di sungai. Cadangnya, nak datang lagi tahun depan lepas raya. Jom!

Sebelum balik, singgah lah ke lobi utama untuk beri sedikit sumbangan. Saya tabik dengan usaha yang dijalankan oleh badan kerajaan untuk pengkonservasian gajah-gajah comel ni.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Video Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah


 






Reactions

Post a Comment

0 Comments