Terma 'healing' bukan main lagi berleluasa di kalangan anak muda. Entah dari mana datang pengaruh ni datang, perkataan 'healing' dah digunakan berlebih-lebihan.
Sebagai content creator aka blogger, kita tunggang lah selagi boleh. Kah kah kah!
Sewaktu ke Kuantan bulan Disember lepas, kami menginap di Timurbay, betul-betul di tepi pantai. Entah apa nama pantainya, saya pun tak tahu.
Konon, pagi tu kami nak rakamkan suasana matahari terbit maca di Pantai Sepat dulu, malangnya hari mendung sampai ke tengah hari.
Yang dapat, gambar-gambar mereka yang sedang 'healing' di tepian pantai Laut Cina Selatan yang ganas membadai tanah.
Feel.
0 Comments