Selalu kami tengok perkongsian orang saja, kali ni dah alang-alang ke utara kami pun singgah ke tempat yang menjadi tumpuan ramai; Kampung Agong di Penaga, Pulau Pinang.
Cari saja di Google Map, Insya-allah jumpa. Bayaran masuk RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak. Parkir kereta RM3. Ada yang kena RM5, RM10. Wallahualam.
Kawasan Kg Agong ni luas. Jenuh juga berjalan, jadi ketibas sebab kami sampai dah tengah hari. Cuma rezeki kami hari ni cuaca sangat cerah dan cantik, padi pula sedang subur berbuah.
Kami keliling kampung hanya berjalan kaki. Lebih senang kalau nak berOOTD. Ada juga perkhidmatan 'buggy', kalau tak silap bayaran sebanyak RM3 seorang. Ada yang menyewa basikal, saya tak nampak pula berapa harga dan di mana tempatnya.
Cafe jualan dan gerai-gerai kecil ada di dalam kawasan kampung, jadi tak ada masalah kalau dahaga dan lapar. Kami tak beli apa-apa, kerana kami mahu makan menu utararian di luar. Makan nasi lauk gulai boh sambai belacan, mantap wooi!
Untuk setiap tempat yang menarik untuk berOOTD, beraturlah ambil giliran. Masing-masing pun faham semua nak bergambar. Cadang saya, bawalah tripod atau selfie stick, mudah nak bergambar bersama keluarga.
Saya suka dengan tempat ni. Suasana idaman untuk pencen. Dalam kampung kecil ni, ada homestay juga. Tak pasti sudah beroperasi atau tidak.
Hampir satu jam juga kami pusing keliling, kami balik dengan rasa yang puas.
Dan kulit yang semakin merelit. Hanguih baq ang!
0 Comments