Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang

Jarang saya dengar tentang Ngah Ibrahim, tokoh dari negeri Perak yang sering disebut dalam buku teks subjek Sejarah dulu. Saya pun dah lupa, apa watak dan sumbangan beliau. Hinggalah baru-baru ni kami sekeluarga singgah ke Muzium Matang, atau dikenali juga sebagai Kota Ngah Ibrahim yang terletak kira-kira 10 km dari Taiping.

Hanya kami pengunjung yang ada pada hari itu.

Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang


Kami melangkah masuk ke perkarangan muzium yang menghijau dan luas, di bawah kehangatan pagi Jumaat. 

Kaya. Memang kaya. 

Kalau rumah sebesar ini dimiliki oleh beliau, malah pada tahun sebelum wujud kenderaan berenjin (mungkin), ini memang kaya.

Keliling rumah ini dibina tembok batu setinggi seorang lelaki dewasa. Setiap sudut ada pelantar tinggi, saya fikir untuk pengawal bertugas memerhati persekitaran. 

Binaan rumahnya pula dua tingkat, dikukuhkan dengan sokongan batu di bawah. 

Kami melangkah masuk ke dalam muzium yang secara lumrahnya, suram. Tak ada kelibat manusia selain kami. Tak ada petugas kah?

"Assalamualaikum wbt"

"Wa'alaikumussalam."

"Minta register dulu kat sini, bang."

"Baik."

Rupanya ada seorang pengawal dan mungkin seorang petugas muzium yang bertugas. Duduknya di dalam, manalah saya perasan.

Selesai mencatat nama, kami pun memulakan lawatan.

Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang


Membaca satu persatu kisah silam yang terjadi di dalam kota ini, membuatkan saya rasa begitu teringin untuk berada di zaman itu. Bukan di Kota Ngah Ibrahim saja, di mana-mana sekali pun kalau sudah timbul rasa teringin memang itulah yang menjadi idaman.

Paling saya mahu, seperti kuasanya time traveller Henry deTamble dalam filem The Time Traveler's Wife. Saya boleh mengembara ke masa-masa lepas dan akan datang. Bezanya, saya boleh mengawal kuasa pengembaraan masa saya.

Saya mahu ke mana?

Hanya satu yang saya mahu tahu. Sejarah susur galur keturunan saya dan mungkin, pihak isteri juga. Saya mahu tahu, keberadaan saya hari ini dan kaitannya dengan nenek moyang. Di mana mereka berada ketika peristiwa-peristiwa besar berlaku di dunia. Di mana mereka tinggal? Apa pekerjaan yang dibuat untuk menyara hidup? Adakah semuanya Muslim?

Allah.

Permintaan yang besar.

Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang


Kami mengakhiri lawatan selepas lebih kurang 30 minit di dalam muzium. Banyak maklumat yang kami perolehi, kebanyakan adalah ulangan apa yang dipelajari semasa di sekolah dulu. Bezanya di sini maklumat lebih terperinci.

Kalau berpeluang, bawalah keluarga datang ke sini.

 

Waktu Melawat & Harga Tiket Muzium Matang

 Masuk adalah percuma. Untuk waktu melawat, boleh rujuk pada gambar di bawah.

Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang

 

Video Kota Ngah Ibrahim

Ini ada video pendek lawatan kami ke sana.







Reactions

Post a Comment

0 Comments