Dari Kg Agong di Penaga, Pulau Pinang kami terus ke Alor Setar, Kedah. Tapi sebelum tu, kami singgah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Merbok. Jalan agak sesak, ada persimpangan yang lampu trafiknya sekejap sangat warna hijau. Mujur kami sempat sampai sebelum muzium ini tutup.
Masalah juga.
Ada kenduri di rumah berhampiran dengan muzium ni, jadi nak parkir kereta pun tak dapat nak menyelit. Terpaksa berjalan jauh sedikit.
Cuaca memang panas terik, tapi pemandangan kawasan bukit yang menghijau dilatari dengan langit biru memang menenangkan. Cuma masalah di sini ialah, tapak arkeologi ini di kawasan berbukit! Mengah oi nak mendaki.
Sebenarnya ada dua bahagian muzium ini. Satu; muzium seperti kebanyakan muzium yang lain. Terletak di kawasan berbukit juga. Muzium tertutup ini memaparkan kisah-kisah di sebalik penemuan candi ini.
Dua; bahagian luar. Di mana candi sebenar dibuka untuk lawatan orang awam. Kalau tak silap, candi yang 'asli' hanya ada satu saja yakni Candi Lembah Bujang. Candi selebihnya ialah candi yang dijumpai di tempat lain dan kemudiannya dibongkar dan dibina semula di sini.
Saya kurang pasti bagaimana candi ini beroperasi. Bagaimana sebenarnya ritual yang dijalankan. Mungkin maklumat ini ada di muzium yang pertama tadi.
Candi Lembah Bujang
Selesai berjalan keliling bukit, kami pun beransur pulang. Kalau ada yang teringin nak membasahkan badan selepas berpeluh sakan mendaki, berhampiran kawasan parkir ada air terjun dengan batu hampar yang tinggi. Airnya tak banyak, tapi boleh lah kalau mahu menyejukkan badan.
Video Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Ini ada video pendek semasa kami ke sana.
0 Comments