Saya pernah ke Zoo Taiping sekitar 10-15 tahun yang lalu. Itu kali pertama saya ke sana, tapi tak begitu menikmati suasana taman haiwan tertua di Malaysia ini. Waktu itu kami naik tramp, jadi kami melihat haiwan-haiwan sekali lalu saja.
Atas permintaan si bongsu Hafiz, kami masukkan Zoo Taiping dalam itinerari percutian kami ke utara.
Kami sampai agak lewat. Selesai solat Jumaat, kami check in hotel terlebih dahulu. Kemudian baru masuk ke zoo. Tak menjadi hal sebenarnya kalau masuk lambat, sebab zoo ni dibuka sehingga malam. Ada night safari. Tapi kami tak lah merancang nak berlama-lama di sana. Habis satu pusingan, kami balik.
Parkir rasanya tak ada masalah. Tak jauh dari pintu masuk utama, ada beberapa tapak parkir disediakan. RM3 sekali masuk.
Untuk bayaran masuk ke dalam Zoo Taiping, jumlahnya RM72.00 untuk kami anak-beranak. 4 dewasa 1 kanak-kanak. Masih murah berbanding Zoo Negara dan Zoo Melaka. Tapi tak boleh lawan lah harga tiket Zoo Johor. Eheh!
Waktu Operasi & Harga Tiket Zoo Taiping
Zoo Taiping
Waktu Operasi; Setiap hari (8.30 am - 6 pm)
Harga Tiket; Dewasa RM16,
Kanak-kanak RM8, Senior RM8
Night Safari
Waktu Operasi; 8.00 pm - 11.00 pm
Harga Tiket; Dewasa RM20, Kanak-kanak
RM10, Senior RM10
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Zoo Taiping & Night Safari.
Koleksi Gambar & Video Di Zoo Taiping
Bagi saya, Zoo Taiping ada kelebihan dan kekurangan berbanding zoo lain yang pernah saya kunjungi. Namun kelebihan utama yang boleh saya kayakan di sini ialah harga tiket yang masih murah berbanding zoo utama yang lain. Suasananya juga redup di kelilingi hutan menjadikan lawatan sekitar zoo tidaklah begitu memenatkan (disebabkan panas).
0 Comments