Saya betul-betul mahukan percutian, selepas diuji dengan pelbagai jenis dugaan semenjak pertengahan tahun 2022. Saya mahu keluar melihat alam.
Alhamdulillah, saya terjumpa pakej yang bersesuaian untuk kami anak-beranak. Kali ini saya memang mahu 'melenggang', biar segala urusan percutian diuruskan travel agency.
Percutian ke Mabul selama 4 hari 3 malam.
Saya kongsikan itinerari perjalanan kami di sana, walaupun ini adalah itinerari pakej. Masih boleh dibuat rujukan untun masa akan datang.
Itinerari Percutian 4H3M Ke Sabah (Tawau, Semporna & Pulau Mabul)
Hari 1 (2 Feb 2023)
1335
Penerbangan ke Tawau
1700 Tiba di Lapangan Terbang Tawau
1800
Bertolak ke bandar Semporna
1930 Check in hotel dan makan malam
Hari 2 (3 Feb 2023)
0730
Sarapan pagi
0830 Memulakan perjalanan Island Hopping
0945 Tiba di
Bohey Dulang dan mulakan pendakian
1145 Bergerak ke Pulau Mataking untuk
makan tengah hari dan mandi laut
1330 Snorkeling I di Pulau
Timba-timba
1445 Pulang ke hotel
1630 Bertolak ke Parapat
1645
OOTD di perkampungan air Tanjung Parapat
1730 Pulang ke hotel dan makan
malam
Hari 3 (4 Feb 2023)
0730
Sarapan dan check out
0900 Bertolak ke Pulau Mabul
1000 Tiba di
Pulau Mabul dan turunkan barang
1030 Snorkeling II di sekitar Mabul
(Sunroof)
1130 Snorkeling III berhampiran Sipadan
1215 Check in dan
makan tengah hari
1600 OOTD di Mabul Water Bungalow
1730 Balik ke resort
1900 Makan malam
Hari 4 (5 Feb 2023)
0700 Sarapan dan bertolak pulang ke Semporna
0945 Bertolak ke bandar Tawau
1145 Makan tengah hari dan solat di Masjid Tawau
1300 Menuju Pasar Tawau (shopping souvenir)
1500 Bertolak ke airport Tawau
1800 Terbang ke KLIA
Kos
Harga untuk pakej yang kami ambil ni ialah RM1,499 untuk dewasa, dan RM999 untuk kanak-kanak (tanpa katil). Perbelanjaan tambahan antaranya permit masuk dan mendaki Bohey Dulang (RM38), bayaran masuk ke Mabul Bungalow Resort (RM30) dan juga lauk tambahan makan malam (lobster, mengikut berat).
Berbaloi tak?
Kalau dilihat pada pakej saja, ya, berbaloi. Tapi bila kau masukkan watak kau seorang traveller dan tahu uruskan semua ni, mungkin ada sedikit rasa ralat. Heh!
Video
Ini ada video pendek sepanjang kami berada di Semporna, Sabah.
0 Comments