Mari OOTD Di Mabul Water Bungalows

Kalau difikirkan semula, saya rasa tak perlu pun masuk ke Mabul Water Bungalows ni. Untuk bayaran sebanyak RM30 (total RM90 kami tiga beranak), pengalamannya taklah begitu menarik.

Matilah kena kecam. Hahaahah!

Resort ini memang cantik. Tak dinafikan, walau kami hanya berada di kawasan luar. Bagaimana suasana dalm resort, Wallahualam. Tentulah berbaloi dengan bayaran RM2000 sekepala untuk satu malam. Harga itu saya tak tahu sahih atau tidak, tapi itu yang dimaklumkan kepada saya.

USP (Unique Selling Point) resort ini pada pandangan saya tentulah kedudukannya di atas laut. Ada pelantar yang panjang dari pulau terus ke kawasan resort yang cantik dihias dengan bunga kertas. Waktu kami datang, bunganya sakan berwarna-warni. 

Cantik.

Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Di kawasan 'daratan' sebelum masuk ke kawasan water bungalow


Mabul Water Bungalows

Kami keluar dari Amina Holiday Resort pada jam 4.00 petang, lebih kurang selepas Asar. Tak jauh pun berjalan kaki, sekitar 10 minit. Kami melalui lorong-lorong kawasan perkampungan Bajau, merentasi kawasan kubur, dan akhirnya masuk ke kawasan resort melalui pagar yang dicabut zinknya menjadi pintu.

Lawak.

Kemudian kami bebas mengembara di dalam kawasan resort dalam jangka waktu masa yang ditetapkan.

Oleh kerana sudah dipesan awal lagi untuk berpakaian molek untuk berOOTD di sini, kami pun berjalan dengan penuh gaya dan peluh yang berjurai-jurai di dalam baju. OOTD punya pasal, kan? 

Pesanan ikhlas; bawa payung atau topi, dan juga air masak secukupnya. Di dalam resort saya tak nampak 'kedai runcit'. Kalau ada pun, harganya berapa pula.

Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah


Teringin juga saya masuk ke dalam mana-mana bilik untuk merasai sendiri penginapan orang 'ada-ada'. Hahahah! Tapi semua pintu tertutup dan kami terus berjalan sehingga ke hujung. Warna laut yang biru dan juga jernih, menjadikan pemandangan di situ jadi menarik. Boleh nampak dengan jelas ikan-ikan berenang di bawah pelantar.

Ada beberapa bahagian dijadikan sebagai tempat bergambar, seperti kebanyakan tempat pelancongan yang ada di Malaysia. Benda dah ada, kita pun bergambar lah semahunya. Tak berebut sebab hanya kumpulan kami saja yang ada pada waktu itu.


Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah


Sewaktu perjalanan balik, ada pasangan yang meminta pertolongan saya untuk bergambar. Biasalah, kita bantu seadanya.

"Dari mana?"

Saya berbahasa-basi. Orang Malaysia, kan? Peramah.

"Ohhh... kami dari Malaysia."

Saya terkesima. Saya pun tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah saya pada waktu itu bukan lagi berada di Malaysia? Pulau Mabul ni, di negara mana?  Adakah pada waktu itu, saya berada di luar sempadan Sabah, diculik pengganas Sulu yang kecoh diperkatakan itu?

Dia kata dia dari Malaysia. Dia kata dia dari Malaysia.

Saya terus ambil gambar dia, kemudian beredar melarikan diri.

Saya kat negara mana sekarang ni?

Oh tuhan!

 

Mabul Water Bungalows, Semporna, Sabah






Reactions

Post a Comment

0 Comments