Orang Bajau Laut

Apabila mencari di internet menggunakan kata kunci "pulau mabul", tidak dapat tidak akan terselit gambar wajah-wajah orang Bajau Laut, terutamanya kanak-kanak. 

Macam-macam cerita yang dikongsi.

Baik buruk, saya baca saja. Tidak ada menyimpan apa-apa prasangka, hajat saya hanya mahu bercuti menghiburkan diri. Kalau terjumpa, jumpa lah.

Mana lah saya tahu, sebaik bot kami menghampiri resort, menderu datang sampan-sampan kecil buatan sendiri didayung oleh kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan. Yang menggerunkan, anak sekecil 6 bulan pun ada terkontang-kanting di penjuru sampan.

Allahu, memang berdebar dibuatnya melihat aksi berani kanak-kanak sebaya Hafiz. Memang anak jati laut, sikit pun tak rasa takut. Aksi selamba mereka membuatkan saya pula tak senang duduk.

Kemudian pada waktu yang lain, datang pula kaum bapa dengan bot kecil. Kali ini dengan barang jualan berupa hidupan laut yang segar. Melihat udang kara (lobster) terkapai-kapai ketika diangkat keluar dari baldi, membuatkan kami jadi teruja. Warna kulit lobster yang biru kehijauan semakin menarik terkena sinaran matahari. Geram!

Sewaktu berehat di bilik pula, datang lagi sampan-sampan membawa dagangan yang lebih kurang, cuma kali ini ada kelapa muda. Dari beranda bilik, kami menghulur wang RM5 untuk sebiji kelapa yang segar. Itu saja yang mampu kami beli, berbanding barang lain yang tak berapa sesuai untuk kami.

Oh ya! 

Saya ada bawa bekal berupa jajan (gula-gula dan coklat) untuk diberi kepada kanak-kanak Bajau ini. Mereka terima seadanya, walaupun ada yang meminta duit.

Heheheh!

Ikutlah masing-masing.  Ada juga yang mencadangkan bawa alat tulis dan buku sebagai hadiah. Kalau berpeluang, bawa lah.


Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut
Orang Bajau Laut






Reactions

Post a Comment

0 Comments