Gayat Meniti Jambatan Di Perkampungan Air Tanjung Perapat

Sebenarnya petang tu ada satu lagi aktiviti hiking. Masing-masing tak pasti, mampu atau tidak selepas keletihan mendaki Bohey Dulang dan snorkeling pada waktu pagi. Oleh kerana sudah ditetapkan dalam itinerari, kami pun pasrah mengikut jadual. Jam 4.00 petang, kami pun bertolak ke Tanjung Parapat.

Ada sebuah bukit yang mempunyai pemandangan menarik di sini. Ketinggian bukit ini hanya separuh ketinggian Bohey Dulang. Keunikan bukit ini ialah lanskapnya yang tak mempunyai pokok-pokok tinggi, hanya lalang separas pinggang yang mencipta pemandangan magis. Kalau tak percaya, carilah di Youtube dengan kata kunci 'Bukit Parapat'.

Memang saya dah tengok, dan saya pun teruja nak sampai ke puncak. Orang kata, boleh OOTD sakan.

Tapi, cita-cita tak selalu menjadi kenyataan, kan?

Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah


Perkampungan Air Tanjung Parapat

Tak sampai 50 meter dari laluan masuk ke Bukit Parapat, ada satu kampung yang dinamakan perkampungan air Tanjung Parapat. Kami singgah dulu di sini, sebelum mendaki. 

Kampung air ni taklah besar mana (pada pandangan saya), mungkin sekitar 10 buah rumah yang dibina di atas air, tapi bersebelahan betul dengan darat.

Ada titi kecil menuju ke 'tengah' laut, dan kami beramai-ramai berjalan ke sana dengan penuh semangat untuk OOTD.

Sekejap berhenti, sekejap selfie, sekejap bervideo.

Titinya hanya mungkin tak sampai dua kaki dari permukaan laut. Kedalaman air, saya tak pasti. Kedudukan kami sudah jauh ke tengah, sudah pasti kedalaman air melebihi ketinggian saya. Itu yang saya fikirlah.

Disebabkan itu, saya sedikit gayat. Sekejap-sekejap rasa macam nak terjatuh ke dalam laut. Itu yang tiba-tiba boleh berhenti berjalan sebab rasa tak seimbang. Heh! Hafiz pun sama. Kata dia titi tu bergoyang. Tapi saya rasa dia masih 'mabuk' lauk selepas aktiviti naik bot dan snorkeling sebelum tu.

Tak ada apa yang kami buat di sini, sekadar bergambar. Ada chalet atas air yang menarik, tak pasti berapa harganya semalam. Tak nampak pun ada penghuni, mungkin tak beroperasi.

Ada juga beberapa buah restoran yang menghidangkan makanan laut. Sempat saya berbual dengan seorang pengunjung yang baru selesai makan, katanya harga dan masakan di situ lebih berbaloi berbanding di Semporna mahupun Kota Kinabalu. Teringin juga nak mencuba, tapi makan malam kami sudah termasuk dalam pakej. Rugilah nak berbelanja lagi. Mungkin lain kali.

Perkampungan Air Tanjung Perapat, Semporna,  Sabah
Bukit Parapat


Selesai di perkampungan air, kami pun bergerak ke Bukit Parapat tujuan utama kami petang tu. Masa dah suntuk, dan rasanya tak ada seorang pun sanggup nak naik ke atas bukit yang agak memacak laluannya. Sudahnya, kami sekadar bergambar di papan tanda Bukit Parapat sebelum bergerak pulang.

Kah kah kah!

Rasa rugi sebenarnya, tapi apakan daya kudrat dah tak mengizinkan. Bukit Parapat tu memang cantik, dan saya teringin benar nak naik ke atas. Nampak gaya harapan lebur, sama seperti kaki merancang untuk mendakit Bukit Bonggol di Kota Belud dulu. Hanya tinggal kenangan.

Mungkin ini boleh dijadikan alasan untuk datang lagi.

Insya-allah.

Dan mungkin pengusaha pakej boleh pertimbangkan jadual aktiviti yang lebih realistik. Jangan buat jadual yang padat dan memeras tenaga, takut ada pula nasib buruk yang menimpa. 

Wallahualam.







Reactions

Post a Comment

0 Comments