Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)

Selesai mendaki di Bohey Dulang, kami beredar ke pulau seterusnya, Pulau Mataking. Tak banyak aktiviti yang kami buat di sini, selain menikmati makan tengah hari dan juga berendam seketika di pantai Mataking yang jernih.

Laut memang bersih, tetapi sangat kontra dengan keadaan darat yang tak terurus dengan sampah bersepah di sana sini. Sayang lah, tempat cantik tapi kotor.

Kami mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti. Boleh tahan juga makanan yang disediakan, habis jugalah sebekas. Mungkin faktor penat mendaki sebelum tu yang membuatkan kami lapar.

Selesai makan, kami disarankan untuk berendam sebelum aktiviti snorkeling.

Sekali lagi saya berdebar.

Laut bukanlah tempat kegemaran saya. Berada di atas bot pun sudah cukup membimbangkan, apa lagi mahu terjun ke dalam laut yang tak nampak dasar. Saya tak suka berada dalam situasi yang saya lemah tak berdaya.

Tapi Hafiz dan umi, sudah teruja mahu melihat batu karang dan ikan di laut.

Macam mana ni?

Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Jeti di hadapan hotel


Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Dalam bot


Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Makanan tengah hari


Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Mandi di Pulau Mataking sebelum pergi snorkeling



Pulau Timba-timba 

Kami berhenti di tengah laut. Daratan yang paling hampir, Pulau Timba-timba. Kami bakal terjun ke dalam laut, untuk snorkeling yang pertama. 

Saya bersiap sedia dengan jaket keselamatan. Hafiz, siap. Umi, siap. Seorang demi seorang turun ke laut, manakala saya masih teragak-agak di atas bot yang terolang-oleng ditolak ombak. 

Turun, tak turun? Turun, tak turun?

Tahu-tahu, Hafiz dan umi sudah jauh dari bot. Sudah leka meneroka alam laut yang misteri. Masing-masing sudah menyelamkan kepala, meninggalkan saya terkulat-kulat di atas bot.

Nampak gaya, saya menonton dari atas bot sajalah.


Mujur ada Afiq, ahli rombongan dari Terengganu yang datang berdua dengan isteri untuk berbulan madu. Dia naik semula ke atas bot untuk mempersiapkan kelengkapan video. Saya tanya pada Afiq, boleh tak temankan saya berenang ke anak isteri. 

Afiq setuju. Disuruhnya saya berpaut pada lengan di sebelah.

Bismillah.

Saya masuk ke laut yang dalam. Itu sudah sangat berani. Saya melihat ke dalam air. Nampak ikan-ikan kecil dan kawasan batu karang. Dasar laut? Hitam. Tak nampak apa.

Saya kayuhkan kaki mengikut Afiq. Kesian, dia sibuk mahu merakam video, tapi saya menjadi beban. Tapi Afiq tetap melayan. Kira-kira 2-3 meter menghampiri pelampung Hafiz dan umi, Afiq suruh saya berenang sendiri.

Saya tergamang.

Saya tahu, Afiq mahu saya mencuba. Apatah lagi langkah keselamatan semua telah diambil. Jaket keselamatan saya sudah diikat kemas. Insya-allah, mampu mengapungkan saya di permukaan.

Saya menarik nafas melalui corong goggle. Saya lihat pelampung merah yang menjadi sasaran. 

Zus!

Kaki dikayuh sekuatnya. Tangan keduanya menggapai ke hadapan. Satu meter bagai 100 kilometer. Antara debar dan teruja, saya akhirnya berada di sisi Hafiz.

Hafiz angkat muka dari dalam air.

"Hai abah."

Dia menyapa, kemudian kembali menikmati alam air yang memukau. Saya hanya melepaskan kelegaan dengan tangan memegang erat pada pelampung.

I did it!

Tak lama pun saya memerhati kehidupan koral yang cantik. Ikan berwarna-warni meraikan keberanian saya hari itu.

Terima kasih.

Hari itu, Timba-timba menyaksikan seorang Sharulnizam menggenggam keberanian yang muncul tiba-tiba.

Alhamdulillah. 







Reactions

Post a Comment

0 Comments