Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya

Melihat beberapa orang kawan berkongsi gambar mereka melawat Taman Cahaya di Putrajaya, membuatkan saya juga teringin ke sana. Saja, bawa anak-anak berjalan-jalan ke kota pentadbiran Malaysia ni. Lagipun kami memang jarang keluar waktu malam. Sesekali tak mengapa.

Usai solat Maghrib di Masjid Sultan Zainal Abidin (aka Masjid Besi), kamii terus bergerak ke Taman Cahaya mengikut arahan Google Map. Untuk menjimatkan waktu, kami beli siap-siap makan malam dan kemudian makan saja di dalam kereta.

Kami beruntung sebab berjaya mendapatkan parkir. Sebaik kami turun dari kereta, rupanya sudah panjang kenderaan beratur mencari parkir.

Tidak ada sebarang yang dikenakan. Taman Cahaya ini kawasan terbuka. Ada beberapa replika haiwan yang dibentuk dengan menggunakan lampu, dan ada pula yang bergantungan di atas pokok. Sudah tentu berwarna-warni.

Kami berjalan dari hujung ke hujung, menikmati angin malam Putrajaya. Orang berkunjung agak ramai, disebabkan malam tu malam minggu. 

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini, selain bergambar.

Jadilah.

Sudah boleh diletakkan tanda pagar #done.

😁

Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya

 

Video Taman Cahaya / Secret Garden Putrajaya

Ini video pendek kami ketika di sana.


Tarikh kunjungan; 9 Oktober 2022







Reactions

Post a Comment

0 Comments