Tamu Gaya Street, Pasar Pagi Ahad Di Kota Kinabalu

Kami baru saja pulang dari Kota Kinabalu. Kakak Hanim melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Jadi sambil menghantar, sambil menyelit aktiviti berjalan-jalan.

Hari kedua dimulakan dengan membuat lawatan muhibah ke Tamu Gaya. Tamu adalah 'pasar' mengikut terjemahan buku teks. 

Dari homestay kami jaraknya mungkin tak sampai 500 meter berjalan kaki. Peluh pun tak sempat terbit.

Pasar ni hanya ada pada hari Ahad, bermula jam 7 pagi sehingga jam 1 petang. Terletak di Gaya Street.

Konsepnya lebih kurang sama saja dengan pasar tani di Danau Kota, Kuala Lumpur. Atau pun 'nat' di Kuala Nerang. Barang jualan sama ada cendera hati, makanan, baju, arnab, kucing dan anjing. 

Nampak tadi 'Tambi' dijual dengan harga mencecah ribuan juga. Huuu.. jangan ada yang kidnap pengokak kat rumah tu, sudah. Kalau jual mau cecah harga sebiji iPhone 15 tu.

Kami berjalan dari hujung ke hujung. Ada lah beberapa barang yang kami beli. Makanan pun ada.

Pertama kali saya ke sini pada tahun 2016. Waktu tu anak-anak masih kecik dan kurang menikmati percutian kami ke Sabah. Kali ni, sibongsu pun dah berusia 10 tahun. Sudah tentu abah kena "pau", ada saja yang dia berkenan nak dibeli.

"Saya nak beli keychain ni, abah."

"Nak bagi siapa?"

"Kawan-kawan sekolah kebangsaan."

Bagusnya Hafiz. Mahu beri hadiah kepada kawan.

Tapi lagi bagus kalau guna duit Hatiz sendiri. Kan?

Heh!

Gambir Sarawak tu, untuk apa tak tau?

Reactions

Post a Comment

0 Comments