Hari ni 17 September 2023, cukup sebulan umur Cik Divi saya yang merah jelita. Alhamdulillah untuk nikmat yang dipinjamkan. Saya berpuas hati dengan skuter pertama dalam hidup yang saya miliki.
Untuk pengalaman, nanti saya buat satu entri khas. Untuk entri ni, saya nak cerita hal accessories yang sudah saya pasangkan pada Cik Divi.
Top Box 45L & Mono Rack
Sebelum Cik Divi sampai ke laman rumah lagi, saya sudah pun mencari top box yang sesuai. Baik di kedai, baik di dalam talian. Sudahnya saya beli di Shopee, dengan keyakinan saya boleh pasang sendiri di rumah.
Saya kongsikan di bawah link belian untuk rujukan.
Bila saya dapat barang-barang, saya jadi muskil dengan isi kandungan pakej. Besi dan skru yang saya tak tau susun aturnya. Saya cuba cari panduan video, tak ada yang sama. Saya tanya di kedai, ada tak manual. Pun tak ada. Jem!
Selepas dua minggu yang penuh kegagalan, akhirnya saya bawa ke bengkel untuk pemasangan. Kah kah kah! Kerja sedikit mudah dan cepat sebab saya dah pasangkan rack terlebih dahulu. Lupa nak ambil video masa pasang tu, sebab ralit tengok adik-beradik Cik Divi dalam bengkel yang lagi sakan ber"accessories".
Racun itu benar.
Link dan harga (sewaktu belian);
Top Box 45L (RM199); https://shope.ee/fxmz8ShBh
Mono Rack
Heavy Duty (RM129); https://shope.ee/7zkNijAfVS
Upah pasang di bengkel (RM20)
Anti Vibration Phone Holder
Oleh kerana niat utama saya membeli skuter ini ialah untuk road trip, saya rasa phone holder adalah "wajib". Ini untuk memudahkan saya merujuk peta (ie; Google Map) sepanjang perjalanan. Saya baru saja gunakan ke Cyberjaya tempoh hari, dan saya berpuas hati. Tak ada langsung risau phone terjatuh sebab pegangannya kukuh.
Nak cari phone holder ni pun, tak boleh nak cari yang simple sangat. Saya ambil yang ni kerana ada bahagian yang boleh menyerap gegaran motor. Jadi, telefon kita akan lebih terjaga dan tak mudah rosak. Anak bujang saya sewaktu berkerja sementara Shopee Food, habis rosak telefon disebabkan phone holder yang diguna jenis murah dan tak kukuh.
Tak apalah keluar model sikit, berbanding telefon rosak yang lebih memakan
belanja. Oh, yang bagusnya phone holder ni boleh rotate 360 darjah. Senang nak
adjust ikut keselesaan kita.
Link dan harga (sewaktu belian);
Anti-Vibration Phone Holder
(RM66.24); https://shope.ee/A9osIoUraP
Universal Motorcycle Hook
Selama saya bawa kapcai, nak membawa barang tak susah. Letak saja dalam bakul depan, jalan. Tapi Honda ADV160 ni lain sikit. Tempat simpan barang hanya ada di bawah seat. Kalau nak buka, kena matikan enjin dulu. Top Box pun sama, kena turunkan tongkat (dan enjin auto berhenti), baru boleh buka box. Jadi, saya pun cari hook (dua biji) untuk saya sangkutkan barang-barang.
Tak semua baranglah boleh disangkut di situ, tapi setakat beli nasi lemak, roti canai, sayur-sayur, helmet; tak ada masalah lah.
Hook ni ada banyak jenis. Yang saya beli ni, jenis murah.
Link dan harga (sewaktu belian);
Hook (RM9.81x2); https://shope.ee/6UvZwE9upr
Tinted Meter Screen Protector
Ini alang-alang dah beli di kedai tu, saya ambil lah sekali. Pasang sendiri dan kurang kesabaran, memang tak semenggah lah hasilnya. Ada bubble. Tapi boleh lah, daripada tak ada.
Link dan harga (sewaktu belian);
Screen Protector (RM4.90); https://shope.ee/2L60zJy3sn
Action Cam Holder
Biasalah, dah katanya nak buat road trip mestilah nak rekodkan segala aktiviti atas jalan. Saya cari yang sesuai dengan Insta360 One X2. Kedudukan di tianh cermin agak terlindung, jadi saya beli pula satu lagi "invisible stick" untuk saya sambungkan dengan holder ni. Barulah nampak macam drone.
Bahaya juga sebenarnya pakai holder ni. Macam bila-bila masa boleh terjatuh kamera tu. Banyak dah saya tengok orang kongsi action cam hancur sebab jatuh semasa menunggang. Haih! Seram dibuatnya. Tapi kalau tak ada, macam tak "berseri" jadinya.
Tawakal je lah!
Link dan harga (sewaktu belian);
Motorcycle Dash Cam Holder (RM28.90); https://shope.ee/4VAdq0J7cA
Sebenarnya ada beberapa barang lagi yang saya beli. Handle bar dan cup holder. Handle bar tu, entah macamana saya buat, dia jadi pecah. Boleh guna lagi, tapi saya jadi tak yakin.
Lagi satu, cup holder. Saya beli yang boleh laras, tapi dapat yang fixed. Jadi saya simpan dulu, tak nak pasang lagi. Mungkin kalau dah ada crash bar, baru saya pasang cup holder tu.
Bahaya betul masuk group FB dan Whatsapp ADV160 (Malaysia) ni.
Racun kuat!
0 Comments