"Kalau ke Kelantan, cuba lah ke pantai Nami."
"Kat mana tu?"
"Cari di Google, nama Pantai Senok."
"Huuu aloh laaaa...."
Entahlah. Satu sikap yang aku tak faham dengan orang Malaysia ni suka sangat menjadikan "luar negeri" sebagai penanda aras kecantikan tanah air sendiri.
Kundasang, cantik macam New Zealand.
Monica Bay, walhal namanya Pantai Mok Nik.
Pantai Senok, bertukar menjadi Pantai Nami. Ditanda di Google Map pula tu!
Tolonglah. Nikmatilah Malaysia sebagai Malaysia. Banggalah, pujilah Malaysia sebagai Malaysia. Tak perlu menjadikan kecantikan luar negara itu sebagai bandingan kecantikan negeri sendiri. Sampai bila kita mahu rasa "rendah diri" begitu.
Patutlah, semangat patriotik sudah semakin terhakis.
Kami ke Pantai Senok setelah berhenti solat di Masjid Ar-Rahman Mukim Pulau Gajah. Tak lama kami di sini, kerana cuaca tak mengizinkan. Lagipun, 3/4 masa kami di sini dihabiskan di meja makan menguliti ikan, udang, sotong celup tepung yang menyelerakan. Apa lagi ada Coconut Shake untuk menyejukan tekak.
Alhamdulillah.
Kawan, agak-agak di Korea ada tak rakyatnya mengatakan pantainya cantik seperti Senok?
Heh!
0 Comments