Entah kenapa buah ini menjadi bualan ramai sehari dua ni. Jadi kita pun licik membuat post menumpang trend.
Kah kah kah.
Konteks "buah gajus" ni saya faham, bertebaran di media sosial hal seorang profesor tanah air yang membuat panggilan video bersama seseorang yang lain. Setakat berbual, tak ada isu. Namun yang menjadi kecoh ialah perbualan dua orang itu agak 'mengerikan'.
Yang tahu, tahulah.
Dan nasib si gajus, terhidang menjadi saksi perbualan dua manusia tersebut.
Itulah kalau nak dijadikan cerita.
Entahlah.
Melihat kelakuan manusia zaman sekarang, terdetik rasa risau. Yang berdosa, berdosalah. Dosa tersembunyi, antara dia dengan tuhan. Namun dapat ke tangan manusia lain, habis dicanangkan pada dunia. Daripada dua orang saja yang tahu, bergentayangan kepada dua juta orang yang lain.
Atau lebih.
Saya bukan hanya melihat isu "buah gajus" ini. Pendek kata, semua isu viral yang melibatkan keaiban orang terus disebarkan tanpa ada rasa bersalah. Malah gah mendabik dada bangga menjadi yang pertama tahu.
Astaghfirullah.
Ingatlah juga. Kita pun ada aib. Banyak. Tak tertanggung kalau terbuka dipertontonkan.
Takutnya.
Moga aib saya, aib keluarga saya, aib rakan-rakan saya tertutup selamanya.
Dan semoga kita sempat bertaubat, dianugerahkan khusnul khatimah dan menjadi umat yang dicintai dan diberi ihsan oleh Allah.
Amin.
0 Comments