Muzium Kota Johor Lama, Kota Tinggi

Sewaktu bercuti ke Desaru sebelum menghantar adik Hanis pulang ke asrama, kami sempat singgah ke Muzium Kota Johor Lama yang terletak berhampiran dengan Sungai Johor.

Macam mana ya, boleh sampai ke sini?

Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau menuju ke sesuatu destinasi memang akan saya cari tempat-tempat tarikan pelancong yang ada di kawasan sekitar. 

Menuju ke muzium ini perlu menempuhi kawasan ladang kelapa sawit, sebelum tiba di kawasan perkampungan melayu. Was-was juga, memang kami berpandukan Google Map semata-mata.

Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama, Kota Tinggi


Waktu Operasi Muzium Kota Johor Lama

Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang, hanya ditutup pada hari pertama raya Aidilfitri dan Aidiladha. 

Bayaran adalah percuma.

Muzium Kota Johor Lama


Senibina Melayu

Muzium Kota Johor Lama ini berupa sebuah rumah Melayu tradisional. Lengkap dengan serambi, loteng dan seumpama. Maklumat yang saya peroleh, rumah ini dibina oleh tukang tempatan. Kebanyakan sambungan/cantuman secara pasak, hanya sedikit saja paku digunakan.

Wallahualam.

Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama
Selfi di bahagian luar muzium


Ruang Pameran

Sebaik masuk ke ruang dalam muzium, pengunjung diminta untuk mengisi buku lawatan. Kemudian boleh mulakan lawatan dari sebelah kanan rumah. Ada barang-barang lama tinggalan zaman dulu diletak dalam balang kaca dan sedikit penerangan di dinding. Banyak juga maklumat yang boleh dipelajari di sini.

Bahagian kedua terletak di tengah rumah. Sama juga, bahan pameran tersimpan dalam balang kaca disertakan dengan penerangan. Ada televisyen dengan tayangan dokumentari tentang kerajaan Johor, dan juga keratan filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Tahu cerita ni?

Saya diberi izin oleh penjaga muzium untuk naik ke ruangan tertutup yakni loteng. Tidak ada apa-apa di sini, cuma memenuhi perasaan ingin tahu rekabentuk loteng rumah Melayu.

Akhir sekali, kami ke ruang belakang. Ada pelantar luas menghubungkan ruang pameran dengan sebuah bilik di belakang. Di pelantar terbuka ini, dihamparkan tikar mengkuang dan permainan congkak. Sempat kami empat beranak berentap menunjuk kemahiran.

Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama


Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Di Kota Tinggi

Sebelum ke muzium ni, terlebih dahulu kami singgah di bandar Kota Tinggi. Asalnya mahu berhenti untuk makan tengah hari, alang-alang berhenti juga mencari masjid untuk solat Jumaat. Cari punya cari, berjumpalah saya dengan masjid di Kampung Makam. 

Tertera besar di papan tanda di pagar masjid "Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang". Bagai tak percaya, frasa yang selama ini hanya didengar dan dibaca, kini tersergam di depan mata.

Sempat saya singgah ke kubur diraja ini selepas selesai solat Jumaat.

Al Fatihah.

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Di Kota Tinggi
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Di Kota Tinggi


Video Muzium Kota Johor Lama

Di bawah ada video pendek sewaktu kami ke muzium ini pada tarikh 1 September 2023.









Reactions

Post a Comment

0 Comments