Selepas berehat, solat dan makan malam, kami pun memandu ke Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru untuk bersantai-santai. Saya tak tahu pun namanya Bulatan Sultan Azlan Shah, yang saya ingat ialah Dataran Meru. Beberapa tahun lepas kami pernah ke sini selepas menghadiri majlis perkahwinan adik ipar saya, sebab tu kali ini kami sudah siap sedia untuk kembali.
Antara banyak aktiviti yang ada, Hanis dan Hafiz memilih untuk bermain Go Kart! Memandangkan trek pun kosong, terus saja kami daftarkan dua beradik ni di kaunter. Satu kepala kalau tak silap RM70.
Vrooommm... vroooom!
Berlumbalah dua beradik tu dalam litar yang agak luas. Tempoh masa yang diberi kalau tak silap 15 minit, tapi rasanya macam lebih. Jenuh juga kami menunggu di luar, sementara yang berdua tu nak habiskan pusingan.
Selesai berlumba, kami ke bahagian tengah dataran untuk melayan dua kanak-kanak menungga motor elektrik. Harga sebuah RM20, selama setengah jam.
Dataran ni memang mesra keluarga. Kanak-kanak memang ramai, keluarga juga ada
yang bentangkan tikar untuk berkelah. Ada juga jualan daripada
food truck. Pilih saja mana yang berkenan.
Itinerari Percutian 3H2M Ke Ipoh-Cameron Highlands & Video
Klik di sini untuk melihat itinerari percutian 3H2M kami di Ipoh dan Cameron Highlands.
0 Comments