Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru

Semenjak anak-anak menginjak dewasa, pilihan penginapan kami di waktu bercuti ialah homestay. Saya lebih suka kami semua berada dalam satu rumah, mudah untuk segala urusan. Harga berbanding bilik hotel pun, jauh lebih murah. Dan lebih berbaloi sekiranya homestay yang kami inap itu lengkap dengan segala kemudahan.

Malam pertama kami di Ipoh, kami memilih homestay yang dicadangkan oleh seorang sahabat. Asalnya saya nak menginap di homestay beliau, sokong perniagaan kawan. Tapi dah penuh pada tarikh yang kami pilih. Jadi, mana yang ada kami ambil.


Homestay Sh, Casa Kayangan

Casa Kayangan ni bukanlah asing bagi kami. Sudah kali ketiga kami menginap di apartment di tengah bandar Meru ini. Cuma unit rumah yang berbezalah. 

Homestay Sh lengkap dengan segala kemudahan asas untuk penginapan pendek. Dapur, peti sejuk, seterika, tv, tuala mandi semuanya ada. Ada 3 bilik dan setiap satu dilengkapi dengan pendingin hawa.

Harga satu malam (bulan Feb 2024) ialah RM280. 

Untuk menghubungi tuan punya homestay ini; Shafiza, 0145378748

Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru
Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru
Bilik 1
Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru
Bilik 2
Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru
Bilik 3
Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru
Dapur
Homestay Sh Di Casa Kayangan, Meru
Ruang tamu

 


Bukanlah saya ini rasis, tapi berdasarkan pengalaman menginap di homestay serata Malaysia yang dipunyai oleh bangsa yang berbeza, tetaplah saya selesa dengan homestay orang Melayu. Hampir kesemuanya bersih dan dihias baik. Walaupun minimal, tetap cantik dan selesa. Konsep meraikan tetamu itu benar-benar diterapkan. Ada yang menyediakan makanan untuk dijamah, seperti welcome drink. Komunikasi sebelum dan selepas menginap pun, berlangsung dengan baik.

Dan paling penting, kita sebagai tetamu kenalah menjaga adab dan bertanggungjawab. Jangan disebabkan fikiran "aku dah bayar", kita buat sesuka hati.

Jangan, kawan.

Itu tidak bagus!







Reactions

Post a Comment

0 Comments