Cari Jagung Di Kea Farm, Makan Tengah Hari Di Big Red Strawberry Farm

Cameron Highland sudah menjadi destinasi percutian wajib bagi kami sekeluarga semenjak 2012. Cuma terhenti beberapa tahun semasa Covid19 melanda dunia. Kalau tidak tu, tak pernah gagal.

Alhamdulillah.

Apa yang kami cari di sana?

Tak ada apa sangat sebenarnya, lebih kepada makan dan makan. Kalau tempat-tempat tarikan pelancong seperti taman bunga, ladang teh dan pelbagai lokasi untuk OOTD, kami tak berapa "into" dengan agenda begitu. Mungkin sudah habis kami "tawaf" sewaktu 2-3 kali pertama kami ke sini. 

Tapi kami ada lokasi wajib yang jarang kami tak singgah kalau ke Cameron Highland.


Kea Farm

Kea Farm ni macam pasar tani. Banyak jualan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kali ini, kami sudah rancang untuk membeli-belah terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik. Sasaran kami; jagung. 

Tak pelik rasanya (mencari jagung) sebab jagung di sini memang sedap dan manis. Cuma perlu berhati-hati sebab ada juga jagung yang tawar, tapi dikatakan manis oleh penjual. Saya pernah terkena beberapa kali. Kecewa juga dengan perangai mencari untung cara bagini. Bukan dipedulikan usaha kita yang memandu jauh ke kawasan pergunungan ni yang mahu bergembira. Yang sedapnya, dikekah dan diperas duit selagi ada.

Nak berkongsi tips mencari jagung yang "made in cameron" ni pun saya tak tahu. Sudahnya kami beli daripada dua penjual yang berbeza. Nanti tahu lah kalau ke sana, kedai mana perlu diulang datang, yang mana perlu disenarai hitamkan.

Ada sesuatu yang menarik kami jumpa di sini. Aiskrim yogurt. Rasanya dah banyak dah aiskrim sebegini, tapi ini pertama kali kami merasa. Sedap. Makan pula dalam cuaca sejuk, memang asyik jadinya. Harganya agak keras, antara RM7-RM9 sebatang. Sesekali boleh lah.


Kea Farm, Cameron Highland
Kea Farm, Cameron Highland
Kea Farm, Cameron Highland
Kea Farm, Cameron Highland
Kea Farm, Cameron Highland
Kea Farm, Cameron Highland
Kea Farm, Cameron Highland



Big Red Strawberry Farm

Rasanya kami tak pernah "gagal" ke sini semenjak pertama kali menjejak kaki ke Cameron Highland. Menu pilihan kami pun sama saja sejak dari dulu. Kentang goreng yang panas, strawberry cicah coklat, waffle, sundae dan beberapa jenis minuman. Berebut-rebut kami makan anak-beranak.

Satu kelebihan Big Red Strawberry Farm ini ialah kafenya dikelilingi tanaman strawberry dan pelbagai jenis sayuran dan bunga. Memang meriah. Jadi selepas perut kekenyangan, boleh lah berjalan-jalan di kawasan sekitar untuk bergambar. 

Masuk percuma, kecuali kalau mahu memetik buah strawberry. Tak ingat dah berapa bayarannya, sebab kami selalu beli yang dah siap dipetik.  Tapi untuk pengalaman, boleh lah layan petik buah strawberry yang masak ranum dalam pasu tu. Hati-hati, sedap memetik sampai penuh bakul, nanti gatal kepala nak membayar selepas ditimbang.

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands



Itinerari Percutian 3H2M Ke Ipoh-Cameron Highlands & Video

Klik di sini untuk melihat itinerari percutian 3H2M kami di Ipoh dan Cameron Highlands.

Saya kongsikan juga video kami semasa di Kea Farm dan Big Red Strawberry Farm.









Reactions

Post a Comment

0 Comments