Tempoh hari saya ada kongsikan gambar-gambar percutian kami di Padi Hijau Homestay, Sungai Besar, Selangor. Saya tak ceritakan tentang homestay yang kami inap ketika di sana. Namanya homestay, tapi taklah gaya "rumah" pun.
Kami menginap di dalam unit yang dinamakan sebagai Kon 1.
Padi Hijau Homestay (Kon 1)
Unit ni berbentuk kon. Ada 3 unit semuanya. Setiap unit ni berasingan, tidak ada connecting door. Ada dua tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu dan dapur. Bila buka pintu dapur, boleh nampak terus sawah padi di belakang. Sayang ruang agak sempit, tak ada tempat untuk bersantai minum petang di situ.
Tingkat atas ada 2 katil queen. Hanya ada satu pendingin hawa yang terletak di hujung bilik, jadi hujung yang satu lagi tak begitu sejuk. Tak ingat sama ada kipas angin ada disediakan. Ruang tangga agak kecil bagi mereka yang berbadan besar. Agak curam juga, jadi perlu berhati-hati terutamanya kanak-kanak.
Secara keseluruhan unit ini agak selesa. Cuma sedikit sukar ialah jamban yang disediakan jenis jamban cangkung. Untuk mereka yang terlebih lemak, memang perlu sedikit usaha lah.
Kemudahan lain, ada basikal yang boleh digunakan secara percuma. Motor juga ada, tapi dikenakan bayaran sewa. Kurang pasti berapa harganya.
Cadangan saya, perlu cakna dengan musim padi di situ kalau mahu datang bercuti. Ketika ke sana, kami dimaklumkan sawah sudah menguning, tapi bila sampai padi baru lepas ditanam. Haih! Mujur juga ada padi, kalau sudah habis musimg, meloponglah tengok jerami terkumpul di sana sini.
Harga satu malam; RM (untuk November 2023)
Video
Boleh tonton video kami ketika bercuti di sana di saluran Youtube saya.
0 Comments