Kenangan Di Tepian Sawah Di Padi Hijau Homestay, Sungai Besar

Apa perasaannya ya, berjalan di tepian sawah pada waktu pagi, ataupun ketika matahari mahu turun menyembunyikan diri?

Saya senantiasa mendambakan persekitaran begitu menjadi jamuan mata dalam meniti waktu sehari-hari. Bukanlah pula bermaksud saya tidak bersyukur dengan apa yang saya ada, sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa mahukan apa yang tidak dipunya.

Begitulah saya membebankan rasa haloba kepada nafsu.


Padi Hijau Homestay, Sungai Besar

Bercuti bersama keluarga adalah hiburan kepada saya. Meluangkan waktu dan ruang untuk kesuma jiwa tak pernah membosankan, walau kadang-kala ikatan teknologi memasung mata kepada perkara yang menghayalkan. Lupa pada mereka yang ada di sisi.

Kami bercuti ke Sungai Besar, Selangor bulan November 2023 yang lalu, menginap di Padi Hijau Homestay berwarna-warni nun tersergam di tengah sawah. Masih di awal musim, padinya masih di peringkat awal namun hamparan hijau muda sudah memadai memukau mata.

Sayang, matahari bersembunyi di balik mega yang tebal dan sarat dengan air. Cahayanya muncul sebentar cuma, menghilangkan persembahan magis waktu senja dan juga pagi. 

Tak mengapalah. 

Rasa indah itu tetap cemerlang.

Saya merakam gambar buat kenangan. Barangkali itu saja yang boleh menyuburkan ingatan pada satu hari di muka nanti.

Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay
Padi Hijau Homestay


Info Padi Hijau Homestay

Harga: 
RM200 semalam - rumah Kon 1 (bentuk segitiga), 2 katil Queen (tingkat atas), ada dapur, ruang tv. Jamban cangkung. Ada basikal boleh diguna percuma. Motor perlu disewa. Ini sah pada tarikh November 2023.

Website;

Lokasi;

 

Video Sekitar Homestay Padi Hijau

Ini video kami ketika di sana.
 








Reactions

Post a Comment

0 Comments