Naik Bot Dan Masuk Terowong Di Tasik Cermin 1 & Tasik Cermin 2, Ipoh

Dari Gombak sampai ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Pemanduan santai, sesekali pecut juga bila keadaan mengizinkan. Lebuh raya tenang sepanjang perjalanan.

Kami terus saja ke destinasi pertama; Tasik Cermin, Ipoh.

Ada dua Tasik Cermin di sini, dan dinamakan Tasik Cermin 1 dan Tasik Cermin 2. Sewaktu ke sini tahun 2021 dulu, hanya Tasik Cermin 1 yang dibuka kepada orang awam. Tasik Cermin 2 masih belum nampak rupa.

Kami terus saja ke Tasik Cermin II. Tak susah nak cari parking, mungkin hari masih awal (sekitar jam 10 pagi).

Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh



Naik Bot Ke Hidden World Di Tasik Cermin 2

Ada jeti di sini untuk naik bot. Comel saja saiz jeti, dan ada satu kafe bersebelahan. Tak pasti status halal kafe ini, sebab saya tak nampak logonya ditampal. 

Pengunjung masih belum ramai, jadi terus saja kami beratur membeli tiket.

Harga tiket ialah RM25 untuk dewasa, kanak-kanak RM18.

Sebuah bot (yang dikuasakan dengan bateri) boleh menampung 4-8 orang penumpang dalam satu-satu masa. Tak termasuk pengemudi bot. Jaket keselamatan dibekalkan, dan pakailah untuk keselamatan. Yang "kerek" kata pandai berenang tu, katakan pada dia kedalaman Tasik Cermin 2 ini ialah 80 meter! Bekas lombong, sama macam Tasik Mines di Serdang, Selangor.

"Takut!"

Haraz, anak abang saya yang kami bawa bersama untuk menemankan Hafiz, bersuara dengan muka yang terserlah ketakutannya.

Saya pun sebenarnya ada sedikit rasa resah. Maklumlah, aktiviti di atas air begini memang bikin jantung berdegup laju. Sampai ke hari ini rasa gayat di atas air tak pernah kebah, apa lagi kalau sudah terbayang kedalaman tasik/laut itu. 

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik. Hidden World Tasik Cermin 2 memang ada vibe yang mengasyikkan. Saya sempat khayal membayangkan filem-filem kungfu zaman purba, di mana mereka terbang ke sana-sini berlawan di atas air, di tepi tebing gunung dan di atas pucuk daun. 

Saya fikir, waktu yang lebih romantis mungkin pada waktu lewat petang. Cahaya suram dan redup, waktu begitu rasa tenteram menguasai suasana.

Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh

Gambar-gambar di sekitar Tasik Cermin 2

 

Terowong Berlampu Di Tasik Cermin 1

Selesai naik bot, kami memandu sekitar 200 meter menuju Tasik Cermin 1. Banyak perbezaannya berbanding kali terakhir (dan pertama) saya ke situ. Di sini lebih ramai pengunjung disebabkan pengunjung boleh berjalan kaki terus ke dalam kawasan tasik, tanpa menaik bot. Hanya perlu berjalan kaki dalam terowong buatan, mungkin sepanjang 100 meter. Jangan risau kerana terowong ini sudah siap dipasangkan lampu untuk menyuluh jalan. 

Bayaran masuk RM4 untuk rakyat Malaysia. Untuk kanak-kanak bawah 90 cm, percuma.

Sebaik keluar dari terowong, akan nampak sebuah tasik sama seperti Tasik Cermin 2. Ada juga aktiviti naik bot di sini, dengan harga tiket yang sama. Kami hanya bergambar dan kemudian beredar untuk ke lokasi seterusnya.

Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh
Tasik Cermin 2, Ipoh

Gambar-gambar di sekitar Tasik Cermin 1


Itinerari Percutian 3H2M Ke Ipoh-Cameron Highlands & Video

Klik di sini untuk melihat itinerari percutian 3H2M kami di Ipoh dan Cameron Highlands.

Saya kongsikan juga video kami mengunjungi Tasik Cermin 1 & Tasik Cermin 2 di bawah. 









Reactions

Post a Comment

0 Comments