Cari Makan Di Pondok Makan, Gombak

Di Gombak ni, sebut saja apa yang kau mahu makan. Insya-Allah, ada saja yang menjual. Sama ada viral atau tak, itu saja yang membezakan.

Tempat makan pun sudah up-to-date. Suasana yang lebih terkini, lebih mesra kepada muda-mudi.

Instagrammable, bak kata pepatah BBNU.

Untuk saya yang dikategorikan BBNU Terlajak 3 Dekad, tempat sebegini bukanlah menjadi pilihan. Saya serabut dengan suasana yang sesak, dan kadang-kadang menu makanan pun tak kena dengan selera.

Viral tak semestinya sedap. Yang tak ada rasa pun ada, banyak kali terkena.

Tapi, dah jadi bapa 4 anak ni, selera bukanlah selera kita saja. Ada tekak-tekak yang mahukan makanan yang serba-serbi bertakhtakan keju. 

Pondok Makan, Jalan Gombak


Pondok Makan, Jalan Gombak

Ada satu tempat makan baru dibuka berhampiran rumah kami. Pondok Makan, terletak bertentangan dengan tapak Pasar Gombak yang lama. Bersebelahan pula dengan Setor@Kantin. Kedudukannya betul-betul di tepi jalan, Insya-Allah takkan terlepas apatah lagi warna Pondok Makan ini kuning yang menyerlah.

Selepas Maghrib, saya berdua dengan Hafiz terus ke sini. Mujur kami naik motor saja, sudah menjadi lumrah parking memang satu masalah kalau nak ke mana-mana di Lembah Klang ni. 

Waktu kami sampai orang masih belum ramai, jadi mudahlah kami buat pesanan.

Ini yang kami beli, dan harganya.

  1. Takoyaki, RM8
  2. Kentang goreng panjang dan berkeju, RM15
  3. Chicken Chop Grill, RM15
  4. Cendol biasa dan cendol jagung, RM12

Puas hati?

Beginilah secara ringkas.

Harga dan saiz hidangan, agak keras. Orang kata memang begitu harga KL, saya setuju dan tak setuju. Ada tempat lain yang menghidangkan makanan (yang sama) lebih sedap, dan saiz lebih mengenyangkan. Harga mungkin tak beza jauh. Cuma saiz hidangan agak mengejutkan berbanding harga.

Ada juga hidangan yang menggunakan bahan buatan sendiri, berbanding yang ready made. Itu bagus juga, dapat jimat kos. Tapi kalau tak jaga kualiti, tak ke mana juga. Benda patut manis, jadi masin. Pelik.

Begitulah.

Susah benar nak dapat kualiti makanan yang sedap di tekak saya. Orang lain mungkin boleh saja, maklumlah kita pun cap jari lain-lain. Ada lagi makanan lain yang boleh dicuba di Pondok Makan ni, ada rezeki ada jodoh kami singgah lagi. 

Insya-Allah.

Pondok Makan, Jalan Gombak
Pondok Makan, Jalan Gombak
Pondok Makan, Jalan Gombak
Pondok Makan, Jalan Gombak
Pondok Makan, Jalan Gombak






Reactions

Post a Comment

0 Comments