The Saddle Resort, Pantai Sepat

Oleh kerana masa agak suntuk disebabkan keputusan minit akhir, kami pasrah saja dengan pilihan yang ada.

Asalnya kami nak ke Gambang sehari saja, tak bermalam. Mana tau ada macam-macam urusan, jadi terpaksalah kami tukar rancangan. Tenaga dah tak macam dulu, tak larat nak sbat semua aktiviti satu hari. Jadi kami ambil keputusan untuk bermalam saja.

Gambang, bosan.

Kuantan, bosan juga.

Sudahnya kami memilih mahu ke Pantai Sepat, boleh berehat di tepian pantai.

Cari punya cari, yang masih kosong hanya di The Saddle Resort.

Kami menginap di Paddock Chalet, rumah kembar dengan dua bilik. Asalnya mahu ambil bilik double saja, tapi alang-alang bercuti, mahu yang selesa sikit.


The Saddle Resort

The Saddle Resort, Pantai Sepat
Rumah kembar dua
 
The Saddle Resort, Pantai Sepat
The Saddle Resort, Pantai Sepat
Pemandangan depan rumah
 

Harga satu malam, RM350.

Berbaloi?

Saya rasa harganya agak tinggi berbanding dengan homestay lain yang pernah saya inap di sekitar Pantai Sepat. Kelengkapan rumah juga tak mengikut "standard" homestay yang pernah saya pergi. Hanya satu bilik air, tidak ada dapur (untuk memasak) dan tv hanyalah skrin kecil entah 20 inci atau kurang.

Katanya boleh bawa dapur sendiri, tapi masak di luar rumah. Ada bahagian khas, katanya. Tapi hanyalah berupa bangku meja batu tempat melepak. Musykil!

Lampu bilik dan ruang tamu malap, dan ada juga yang tak menyala.

Papan katil terbenam, mujur tilam tebal tak lah terbabas jatuh ke lantai.

Letaknya di ceruk berasingan dari bangunan lain di kawasan resort. Mujur ada taman perumahan di belakang buat 'peneman'.

Kalau saya nampak di depan mata sebelum bayar booking, rasanya saya akan cari homestay lain dulu. Heh!

The Saddle Resort, Pantai Sepat
Ruang tamu
 
The Saddle Resort, Pantai Sepat
TV
 
The Saddle Resort, Pantai Sepat
The Saddle Resort, Pantai Sepat
The Saddle Resort, Pantai Sepat
Bilik Pertama
 
The Saddle Resort, Pantai Sepat
Bilik Kedua
 

Kelebihan resort ini dekat dengan pantai, dan mempunyai laman luas dengan pokok kelapa yang tersusun. Menjadikan suasana 'desa' impian, wujud di depan mata. Tapi rata-rata homestay dan resort di sini, begitulah.

The Saddle Resort (seekor kuda pun tak nampak semasa kami ke sana), sebenarnya ok saja untuk dijadikan rumah rehat untuk bercuti. Cuma bila harganya begitu, expectation saya pun tinggi juga lah. Rumah yang lebih cantik, bersih, moden saya pernah dapat dengan harga RM270. Jauh berbeza.

Tak apa lah. Benda dah lepas. Dah bayar, dah balik dah pun.

Terima kasih The Saddle Resort, untuk percutian 2H1M kami empat beranak.









Reactions

Post a Comment

0 Comments