Empat Menara Di Kuala Lumpur

Hampir setiap hari, saya akan menggunakan lebuhraya SPE untuk berulang-alik ke pejabat. Dan boleh dikatakan setiap kali itulah saya akan khayal menyaksikan pemandangan yang menggabungkan senibina moden Kuala Lumpur, dan balam-balam banjaran Titiwangsa yang menjadi latar.

Masya-Allah.

Satu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah saya nekad untuk berhenti sebentar untuk merakamkan gambar. Mana boleh tahan, cuaca yang cerah dengan langit biru berserta kepulan awan yang gebu benar-benar menggoda.

Mula-mula, Menara Merdeka. Bersebelahan ada Menara Kuala Lumpur, kemudian jelas gagah berdiri Menara TRX.

Saya terus memulas throttle ADV160 dan berhenti selepas tol yang pertama (sebelum IKEA), dan di situ boleh nampak KLCC (yang terlindung). Ah, mungkin satu hari kalau berpeluang saya akan rakamkan pula gambar di waktu malam.

Moga-moga ada kesempatan dan peluang.

Menara Merdeka Warisan, Menara TRX, Menara Kuala Lumpur, Menara KLCC

Reactions

Post a Comment

0 Comments