Pilihan Resort Yang Menarik Di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna

Taman Marin Tun Sakaran terletak di perairan Semporna, Sabah, menawarkan beberapa pilihan resort mewah sebagai penginapan pengunjung yang ingin datang bercuti. Dengan pantainya yang berpasir putih, air laut yang jernih, pengalaman menyelam dan snorkeling yang menakjubkan, serta pemandangan Laut Celebes yang memukau dari chalet di tepi pantai atau chalet atas air—semua ini sangat sempurna untuk berseronok dan merehatkan diri. Jika anda mencari penginapan yang lebih privasi, berikut adalah beberapa resort (yang menawarkan permit menyelam di pulau Sipadan), pilihan terbaik untuk percutian anda akan datang.  

Pulau Mataking, Sabah

Resort mewah di Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom menawarkan pengalaman pengembaraan bawah laut yang luar biasa, terutamanya untuk aktiviti snorkeling, macro diving, dan muck diving

Kedua-dua resort ini mempunyai permit menyelam di Pulau Sipadan (dua kali sehari untuk penyelam mahir laut terbuka (advanced open water divers). Resort ini sesuai untuk penyelam berpengalaman dan juga pemula yang ingin meneroka kehidupan marin yang kaya dan pelbagai; mahupun pengunjung dan keluarga yang hanya ingin menikmati pemandangan mempersona di sini.  


Pom Pom Island Resort 

Bagi yang mencari lokasi percutian pulau yang tenang, Pom Pom Island Resort adalah destinasi sempurna dengan vila tepi pantai atau pun vila atas air. Vila ini dibina menggunakan bahan mesra alam yang menyatu dengan persekitaran semula jadi. Selain menyelam dan snorkeling, terdapat juga kapal persiaran mewah Putri Pom Pom liveaboard yang boleh membawa pengunjung meneroka pulau-pulau berdekatan di Taman Marin Tun Sakaran seperti Bohey Dulang dan Sibuan. Resort ini komited terhadap pemuliharaan marin dan merupakan pilihan terbaik untuk percutian romantis.  

Pom Pom Island
Pom Pom Island
Pom Pom Island
Pom Pom Island
Bohey Dulang
 
Pom Pom Island
Hidupan Laut
 


Mataking Reef Resort

Pengunjung sering terlepas pandang tawaran Pulau Mataking sebagai destinasi menyelam, berbanding pulau-pulau lain yang lebih terkenal seperti Sipadan, Mabul, dan Kapalai. Hakikatnya, Pulau Mataking menawarkan penyelaman pantai tanpa had di jajaran terumbu yang menakjubkan, dengan lebih 30 tapak selaman termasuk satu pejabat pos bawah air pertama di Malaysia. 

Selain itu, ada juga tapak selaman yang tak kurang hebat di pulau berdekatan seperti Timba-Timba, Pandanan, dan lain-lain. Di sini sangat sesuai untuk melihat penyu, jerung terumbu, taman karang hidup, serta melakukan aktiviti muck diving di Timba-Timba dan Pulau Pandanan. Resort ini mempunyai permit harian ke Sipadan dan hanya memerlukan 45 minit ke sana dengan bot laju.  

Mataking Reef Resort terletak di Pulau Mataking, sebuah pulau peribadi yang terdiri daripada dua pulau: Mataking Besar dan Mataking Kecil. Ia adalah sebuah syurga terpencil, dengan pemandangan memukau air Laut Sulawesi yang biru kehijauan. Resort ini menawarkan vila dan chalet mewah tepi pantai, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang menginginkan pengalaman eksklusif dan tak terlupakan, jauh dari kesibukan yang menyesakkan.  

Jangan risau jika anda bukan penyelam tegar, kerana anda masih boleh menikmati aktiviti lain seperti snorkeling, berjemur, berkayak, islands hopping, dan rawatan spa yang menenangkan.  

Mataking Reef Resort
Mataking Reef Resort
Mataking Reef Resort


Kedua-dua resort ini menawarkan segala-galanya untuk setiap pengembara Malaysia. Jadi, jangan ragu lagi - kemas beg anda dan bersiaplah untuk meneroka keindahan Taman Marin Tun Sakaran, dengan ombak yang melambai-lambai.

Kami tunggu!







Reactions

Post a Comment

0 Comments